Andai tak ada idea nak masak apa, menu Ikan Selar Masak Rendang Padang yang min kongsikan dari saudari Nor Shafinaz Radzuanni pasti boleh buka selera. Mana tidaknya, guna bahan-bahan simple je tapi sedapnya tu luar biasa! Sangat mudah dengan menggunakan hanya 4 bahan boleh siap satu hidangan yang buat anda bertambah selera.
CARA MASAK IKAN SELAR MASAK RENDANG PADANG
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili padi
1 biji bawang merah besar
3-4 ekor ikan selar – lumur sedikit garam & kunyit
1 keping asam gelugur @ keping
CARA MEMASAK:
1. Mula mula goreng ikan selar sehingga garing.
2. Tumbuk cili padi dengan sebiji bawang sehingga separa lumat
3. Panaskan minyak. Lebih sedikit tak mengapa untuk elakkan sambal hangus. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang ditumbuk tadi.
4. Masukkan asam keping.
Ads
5. Masukkan garam ikut suka hati dan penyedap makanan.
6. Selepas sambal tadi separa masak, masukkan ikan selar yang di goreng tadi.
7. Biarkan sebentar ikan itu sebati di dalam sambal. Agak agak dah masak tu boleh la angkat. Siap !
Cara bakar ikan atas kuali tanpa guna arang. Garing di luar dan tetap juicy isi di bahagian dalamnya. Sedap sungguh.
Nak tahu rahsianya? Api mesti perlahan dan selepas 1-2 minit baru buka api sederhana besar. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Aisyah Humaira ini ye.
Cara Bakar Ikan Atas Kuali Tanpa Arang
Bahan-bahan:
4 ekor ikan cencaru saiz besar (cuci bersih atau apa-apa jenis ikan pun boleh)
Untuk masak perencah ikan; Kisar semua bahan tumis di atas kecuali cili kisar. Kemudian masak bahan tumis bersama cili kisar hingga pecah minyak.
Terus masak seperti kita membuat sambal. Kacau dan biarkan ia makin pekat. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perisa secukup rasa. Tambah daun kesum dan daun limau purut. Gaul sekata. Dah masak, angkat. Ketepikan.
Untuk masak ikan; tuang sedikit minyak dalam kuali dan lapik daun pisang. Letak perencah ikan bakar diikuti ikan.
Tuang lagi perencah atas ikan dan tutup dengan daun pisang. Bolehlah mula bakar.
Tutup kuali. Sebelah ikan dah masak bolehlah balikkan dan bakar sehingga ikan masak.
Kalau biasa kita gunakan ubi kentang dalam masakan, apa kata gunakan ubi keledek. Selain rasanya yang enak, ia mempunyai khasiat yang pelbagai.Kajian menunjukkan daun keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink. Keledek juga kaya dengan protein dan boleh menambahkan keperluan protein harian yang diperlukan.
Keledek juga sumber vitamin C yang baik. Vitamin C penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsema. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel darah.
Ubi keledek biasanya digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk gorengan atau kuih seperti kuih keria dan sebagainya. Chef Alwi berkongsi dengan anda resipi berkhasiat olahan daripada ubi keledek. Pasti selepas ini anda akan lebih menghargai penggunaan ubi keledek dalam masakan.
Keledek tiga warna bersama ikan talapia bakar Bahan-bahan: 3 jenis keledek warna ungu, kuning dan putih 1kg ikan talapia Bawang Holland
Lada benggala hijau dan merah Daun pisang Lemon Minyak zaitun
Cara memasak: 1.Ikan talapia diasingkan isi dari tulang dan potong kiub. 2.Potong kiub 1/2 lada benggala warna hijau dan merah. 3.Potong kiub keledek 3 warna. 4.Potong kiub bawang Holland. 5.Alas kuali dengan daun pisang letak semua bahan yang dipotong kiub dalam kuali taburkkan dengan lada hitam, garam serta minyak zaitun. 6.Panaskan oven, masukkan kuali ke dalam oven selama 30 minit. 6.Selepas masak keluarkan kuali dan letak air lemon dan minyak zaitun.
Bubur cha-cha keledek Bahan-bahan Keledek 3 warna 1 tin laici -BELI ONLINE DI SINI Sago Susu segar Gula Melaka Madu lebah -BELI ONLINE DI SINI Garam -BELI ONLINE DI SINI Nenas Daun pudina Cara memasak: 1.Keledek dipotong dadu sama besar dan direbus hingga masak. 2.Gula Melaka dimasak dengan daun pandan dan masukkan secubit garam. 3.Laici dan nenas dipotong dadu. 4.Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. 5.Tuangkan susu segar dan gula Melaka atau madu. 6.Hiaskan dengan daun pudina.
Keledek lenyek bersama bawang putih dan minyak zaitun
Bahan-bahan: Keledek 3 warna Lada hitam Garam Minyak zaitun Cara memasak: 1.Rebus keledek dan bawang putih. 2.Lenyek keledek dan bawang putih. 3.Masukkan garam , lada hitam dan minyak zaitun. *enak dimakan bersama serunding
Makanan laut yang segar memang manis dan tak pernah jemu menikmatinya. Cuti hujung minggu ni memang sedap kalau menjamu selera dengan makanan laut. Ni min kongsikan resipi gerenti sedap dari Shezlina Othman.
Jadi kalau terasa nak makan seafood, jom cuba buat sendiri. Shezlina Othman dari Restoran Rasa Wau, Sunway Giza ada inspirasi menu untuk dikongsi.
1.KETAM DAUN KARI
BAHAN-BAHAN :
1 kg ketam | anggaran 3 ekor
BAHAN DITUMBUK :
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 sudu besar udang kering | direndam sebelum ditumbuk
BAHAN LAIN:
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
3 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering | dipotong 3.5 sm
1/2 cawan stok kari | (iaitu serbuk kari yang ditumis bersama * gunakan minyak )
*(1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 4 sm halia, 1 asam keping, 1/2 kotak santan, air secukupnya, 7 sudu makan rempah kari, dan sedikit rempah 4 sekawan)
Garam secukup rasa Gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak. 2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. 3. Masukkan stok kari, daun kari serta cili kering dan goreng kacau selama 4 minit. 4 Tambah sos tiram serta kicap pekat dan gaul sebati, perasakan dengan garam dan gula. 5. Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos. 6. Perasakan dengan garam dan gula,masak hingga kuah pekat 7. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 3-4 orang Masa memasak : 30 minit Keistimewaan : Gabungan rasa kicap berempah yang lazat
INFO : Pilih ketam yang segar dengan daging yang pejal untuk mendapatkan isi ketam yang manis dan enak.
2.FILLET SIAKAP MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap (ambil isi /fillet sahaja) | dilumur garam, kunyit dan tepung jagung
1 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | diketuk
3sm halia | dihiris halus panjang
1 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | belah empat atau potong membulat
1/2 biji cili benggala hijau | dipotong kasar
1/2 biji cili benggala merah |dipotong kasar
Sepotong nenas | dipotong kiub
1/2 cawan sos tomato
1 sudu teh sos ikan
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
1 sudu makan air tepung jagung
BAHAN HIASAN :
8 biji cili padi merah dan hijau
Sedikit daun bawang | dihiris halus
Sedikit daun sadri | dihiris halus
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan isi ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian lumurkan dengan tepung jagung. 2 .Panaskan minyak dan dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan. 3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga kekuningan, Masukkan pes cili kering dan tumis hingga cili masak 4. Masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkan air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan. 5. Akhir sekali masukkan bawang yang dibelah empat , cili benggala merah dan hijau, cili padi dan nenas. 6. Tutup api dan tuang sos masam manis ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang Cara memasak : Goreng dan tumis Keistimewaan : Rasa masam manis yang seimbang adalah penentu kelazatan sajian
INFO: Selain siakap anda boleh juga menggunakan ikan kerapu, bawal dan juga jenis ikan lain yang bersesuaian.
3.KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN :
5 -6 ekor sotong sederhana besar | lebih kurang 1 kg
1 cawan beras pulut
1/2 cawan setengah santan
6 ulas bawang merah | dimayang
2.5 sm halia | dimayang
1/2 sudu teh halba
2 batang serai | diketuk
Garam dan gula secukup rasa
Beberapa batang lidi @ pencungkil gigi
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan sotong, buang dakwatnya. Cuci kulit nipis pada badang sotong 2 .Beras pulut dibasuh dan rendam dengan sedikit santan dalam sejam. 3. Isikan beras pulut dalam badan sotong, setengah sahaja, selepas itu tutup kepala sotong dan kemaskan dengan lidi atau pencungkil gigi. 4. Rebus sotong dan santan cair hingga sotong menjadi kembung, Masak dengan api perlahan. 5. Setelah sotong kembung, masukkan semua bahan (santan,bawang merah halba,halia, serai garam dan gula)dan masakkan atas api perlahan dan kacau selama lebih kurang 10 minit. 6. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 7 orang Masa memasak : 35 minit Keistimewaan : Inti pulut di dalam menjadikan sajian ini sungguh mengenyangkan
INFO : Pastikan dakwat dibuang untuk mengelakkan kuah menjadi hitam . Sotong juga jangan dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi liat.
TERIMA KASIH : RESTORAN RASA WAU, Sunway Giza, Block C-11-G, Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!