Ikan rebus goreng. Lauk kampung yang ringkas namun sangat enak dan membuka selera. Goreng garing-garing dan nikmatinya segera bersama nasi putih hangat. Dicicah dengan budu, sambal belacan dan ulam-ulaman, lagi berselera dimakan. Baunya ketika digoreng sangat menggugat iman. Harum! Isi ikan yang pejal dan wangi, rasa manis, masam dan masin yang seimbang, memang tak jemu dimakan. Saudari Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Jom lah cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK IKAN SELAYANG REBUS YANG SEDAP, TAK HANYIR & PEJAL
BAHAN-BAHAN: 10 ekor ikan selayang / sardin – disiang dan dibersih 1 sudu besar garam bukit – beli online disini 1 senduk cuka – beli online disini 1 keping asam gelugur – beli online disini 1 keping kecil nise Kelantan atau gula melaka – beli online disini 1-2 hiris lengkuas 1 hiris halia 1 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Ikan selayang atau ikan sardin disiang dan dibersih. 2. Kemudian susun ikan dalam periuk. 3. Taburkan garam bukit dengan rata di atas ikan. 4. Masukkan cuka dan asam gelugur. Ia adalah tip untuk membuatkan isi ikan menjadi pejal. 5. Tidak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan sendiri sewaktu dimasak nanti. 6. Untuk memberikan rasa ikan yang manis dan sedap, patahkan nise kelatantan atau gula melaka. 7. Masukkan juga hirisan lengkuas, halia dan daun pandan. Ia adalah rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi. 8. Rebus ikan guna api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk. 9. Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan lebihan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api.
10. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati. 11. Ikan Rebus sedia untuk dinikmati. Untuk rasa lebih sedap, ia boleh digoreng. Caranya ialah, panaskan minyak dalam kuali. 12. Masukkan ikan rebus dan goreng hingga garing guna api sederhana. 13. Tambahkan hirisan bawang dan cili untuk rasa enak yang lebih nikmat. Boleh cuba cicah dengan budu. Ikan rebus goreng ini juga enak dimakan bersama Pulut yang digaul dengan kelapa muda.
PETUA: Ketika menggoreng ikan rebus, minyak akan meletup-letup. Tutup kuali guna penutup periuk untuk mengelakkan minyak merecik.
Memang wajib jika makan soto kena ada sambal kicap untuk menambah rasa keenakan soto. Sambal kicap nampak mudah tetapi kena betul bahan ramuannya untuk dapat rasa yang padu.
SAMBAL KICAP BIHUN SOTO
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang besar dipotong kasar
1 labu bawang putih
15 tangkai cili hijau besar
33 tangkai cili merah
1 botol kicap pekat
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Info: Jika ingin lagi pedas boleh tambahkan cili padi
CARA MEMASAK:
Semua bahan dipotong kasar-kasar
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih terlebih dahulu hingga naik bau.
Selepas itu baru masukkan bawang merah. Tumis hingga layu.
Kemudian masukkan semua cili. Goreng sampai semua layu. Selepas itu matikan api.
Bila semua bahan sudah sejuk. Baru masukkan dalam blender. Masukan satu sudu gula dan 1 sudu kecik garam.
Masukkan kicap dan kisar hingga halus. Jika tidak mahu terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
Penggemar makanan laut pasti tidak menolak jika dihidangkan dengan masakan ketam, sotong dan kerangan. Jika diolah dengan betul pelbagai variasi resipi boleh dimasak. Makanan ini banyak mengandungi kolesterol sehingga tidak semua orang dapat menikmatinya. Makanan laut juga mempunyai manfaat untuk kesihatan tubuh. Banyak zat yang terkandung di dalamnya. RASA kongsi resipi masakan laut yang boleh dinikmati sekeluarga.
SAMBAL TAHUN KERANG
BAHAN-BAHAN:
500ml santan pekat
500gm isi kerang
300gm lengkuas muda | hiris nipis
100gm ikan bilis
20 tangkai cili padi
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk lumat.
Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan hirisan lengkuas, cili padi dan sedikit air. Didihkan hingga lengkuas empuk.
Masukkan santan, isi kerang, air asam jawa dan cili padi. Didihkan beberapa minit hingga semua bahan masak sebati. Gunakan api kecil.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang Waktu memasak: 35 minit Jenis hidangan: Lauk pauk Keistimewaan: Ada rasa lemak, pedas Jenis masakan: Bergoreng Cara memasak: Tumis dan goreng Anggaran kos: RM18
KETAM TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | dipotong empat
1 biji ubi kentang | dipotong dadu
1 sudu makan gula melaka
1/4 cawan puri tomato
2 sudu makan sos cili Thai
800ml air
200ml krim masakan
Garam secukup rasa
Minyak jagung secukupnya
BAHAN TUMBUK:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
15 biji lada putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak jagung dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
2. Masukkan puri tomato, sos cili dan gula melaka. Masak sehingga memekat.
3. Masukkan air dan ubi kentang. Setelah ubi kentang kelihatan agak empuk, masukkan ketam.
4. Reneh dengan api perlahan supaya isi ketam mesra dengan kuah.
5. Akhir sekali, masukkan krim masakan, garam dan serbuk perasa.
6. Sedia untuk dihidangkan.
LALA GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm lala | dibersihkan
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
2 sudu makan sos tiram
50ml air
1 batang bunga kantan
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bawang putih, cili padi dan bunga kantan diracik halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing kekuningan.
3. Masukkan cili padi dan bunga kantan. Tumis sehingga wangi.
4. Tambahkan sos tiram, air dan lala. Kacau sehingga lala kelihatan masak.
5. Ubah suai rasa dengan menambah garam dan gula mengikut cita rasa anda.
6. Sedia untuk dihidangkan.
SOTONG SERAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong segar
20gm serbuk santan
4 ulas bawang putih | dihiris halus
7 ulas bawang merah | dhiris halus
4 helai daun limau purut | dihiris halus
2 batang serai | dihiris halus
9 biji cili padi | dititik
2 biji limau nipis | diambil jus
10 helai daun ketumbar | dihiris
2 sudu makan sos ikan Thai
3 sudu makan minyak masak
4 biji cili hijau | dihiris
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili merah | dihiris
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang merah dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong dan kacau hingga sebati.
2. Masukkan daun limau purut, cili padi, daun ketumbar, sos ikan, sos tiram, cili merah, air limau nipis dan kacau selama 2 minit.
3. Masukkan santan. Kacau selama 4 minit lagi dan masukan cili hijau dan garam secukup rasa.
4. Hias dengan hirisan cili merah. Sedia untuk dinikmati.
GULAI KERANG BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
500gm kerang | dibersih dan toskan
500ml santan
3 batang serai | dititik
1 hirisan lengkuas |dititik
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2.5cm halia muda
3 biji cili merah
5 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan bahan-bahan lain kecuali kerang.
Masak menggunakan api sederhana, sentiasa kacau agar santan tidak pecah.
Apabila kuah mula mendidih masukkan kerang, garam dan gula secukup rasa.
Selepas dua atau tiga minit, kerang terbuka. Angkat dan hidangkan.
Masakan Indonesia sememangnya dekat dengan masyarakat Malaysia. Penggunaan bahan-bahan yang hampir sama, membuatkan hidangan dari seberang ini sangat digemari ramai dan senang dicuba.
BAHAN-BAHAN A:
500ml air
1 ekor ayam | potong kecil
2 helai daun salam
2 batang serai | dititik
3cm lengkuas | diketuk
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar
3cm halia
1 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN C (TUMBUK KASAR):
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
10 biji cili merah
1 biji tomato
3 sudu makan air asam
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan bahan-bahan A dan bahan-bahan B yang telah dikisar lalu rebus hingga air kering.
Angkat ayam dari periuk.
Goreng ayam di dalam minyak yang panas hingga keperangan. Toskan. Ketepikan.
Bahan-bahan C ditumbuk kasar dan gaul sebati. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan C hingga harum dan sesuaikan rasanya. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.