Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom. Mudah & Sangat Sedap.

Share

Bestnya lauk Siakap Masak Kengsom ni. Bagi anda yang tercari-cari resipi untuk masak untuk keluarga, perkongsian dari saudari Sarah Saie ni antara yang terbaik boleh dicuba.

 

CARA MASAK IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap
  • ½ biji nanas
  • Kangkung secukupnya
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 2 biji cili merah
  • 8 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:


1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan nanas dan serai. Biarkan mendidih seketika. Masukkan pula ikan.

3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula dengan secukup rasa. Pastikan hidangan ini mempunyai rasa masam, manis dan pedas.
4. Padamkan api dan masukkan kangkung. Ia akan menjadikan kangkung tidak terlalu lembik dan masih rangup.
5. Perah jus limau nipis. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Sarah Saie

Published by
Nur