
Mak-mak yang baru pulang dari kerja tentu ‘blur’ hendak masak apa untuk makan malam nanti. Belek dalam peti sejuk yang ada ikan siakap.
Sudah terbayang-bayang dalam kepala menu apa yang ingin dimasak dengan ikan siakap yang ada. Jika anda mak-mak yang sibuk dan inginkan sajian yang cepat dan mudah disediakan, menu ikan siakap stim ala Thai yang dikongsikan oleh saudari Zurina Zulkefli pasti sesuai untuk anda.
RESIPI IKAN SIAKAP STIM ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
Seekor ikan siakap
2 biji limau nipis
1 batang serai
5 hirisan halia
3 tangkai cili kecik merah
3 tangkai cili kecik hijau
5 ulas bawang putih
1 batang daun ketumbar
Setengah kiub pati ayam
Sos ikan

CARA KUKUS IKAN:
1.Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
2.Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.

3.Perah jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.

4.Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
CARA MASAK KUAH STIM ALA THAI:
1. Cincang bawang putih secara kasar.
2. Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim.

3. Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.

3. Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.Kacau kuah sehingga sebati.
LANGKAH TERAKHIR:
1.Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.


2.Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit. Sedia dihidang.
Sumber kredit: Zurina Zulkefli via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kuih, Dessert Berasaskan Pisang Yang Mudah & Sedap

Buah pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, malah juga boleh menghasilkan pelbagai jenis resipi yang menarik dan enak.
Tak kiralah resipi kuih atau pencuci mulut, yang pasti rasanya sedap dan pasti anak-anak suka.
Jom kita cuba resipi-resipi ni! Boleh dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga.
COKODOK PISANG

BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang bersaiz besar (jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga)
2 sudu makan marjerin – beli online di sini
5 sudu makan gula pasir – beli online di sini
1 sudu teh soda bikarbonat (sukatan tidak terlalu membukit)
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
TONTON Menu Simple, Tapi Rasa Mantap Di Little Bourke
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan (kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
3. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
NOTA:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam.
3. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri (jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Kredit resipi & foto: Cik Pooja
APAM PISANG GEBU

BAHAN-BAHAN
8 biji pisang emas/6 biji pisang berangan
4 biji telur A
1 cawan gula – beli online di sini
¾ cawan minyak jagung/minyak masak/mentega cair – beli online di sini
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam (optional)
TONTON Top 5 Menu Pilihan Makan Di Mana
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan kukusan. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
2. Kisarkan pisang, telur, gula, garam dan minyak hingga hancur dan sebati.
3.Tuangkan ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata secara kaup balik.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Sudukan adunan ke dalam acuan/loyang kecil-kecil (sapukan sedikit minyak pada acuan terlebih dahulu).
5. Kukus dengan api sederhana selama 15 minit (jika gunakan loyang besar, masa mengukus adalah 40 – 45 minit).
NOTA:
*Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat.
*Boleh tambah coklat urai ke dalam adunan jika suka. Jika guna acuan kecil-kecil, masa mengukus 15 minit sudah memadai.
Kredit resipi & foto: Lyza Sweetnely
BINGKA PISANG

BAHAN-BAHAN (loyang 8 inci):
1 sisir pisang masak (10-13 biji) | dilenyek kasar
1 cawan tepung gandum*
¾ cawan gula pasir*
1 cawan santan* – beli online di sini
1 cawan susu sejat/cair* – beli online di sini
1 biji telur*
2 sudu besar mentega* | cairkan dulu, biarkan suam – beli online di sini
Sedikit garam
TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar semua bahan bertanda *. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan digaul rata.
2. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan mentega.
3. Bakar dengan suhu 180C selama 1 jam atau lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
4. Sejukkan kemudian baru dipotong. Nak lagi sedap boleh masukkan dalam peti ais.
Kredit resipi & foto: Yatie
LEMPENG PISANG

BAHAN-BAHAN:
1 kg pisang Abu | lenyekkan
300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah
5 sudu makan gula kabung – beli online di sini
Sedikit garam halus
Daun pisang secukupnya
TONTON Spageti Rendang Daging
CARA MEMASAK: – beli onlien
1. Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
2. Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
4. Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak. Enak dihidangkan panas-panas.
BANANA FILLED FRENCH TOAST

BAHAN-BAHAN:
Roti Bata
Nutella/Peanut Butter Lady’s Choice
3 biji telur
½ cawan susu kotak
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji pisang | dihiris bulat
Mentega
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan telur, susu dan esen vanilla dalam mangkuk, kacau sebati. Ketepikan.
2. Potong roti bata lebih kurang 1 inci, buat poket di tengah. Sapu nutella di bahagian dalam poket, kedua belah. Kemudian, susun hirisan pisang di dalam poket.
3. Celupkan roti ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali dengan sedikit mentega. Biarkan masak kekuning-kuningan.
4. Sudah boleh dihidangkan (boleh ditabur dengan gula icing)
Kredit resipi: Aimi Muhamad
BANOFEE PIE

BAHAN-BAHAN:
1 tin susu pekat manis | direbus selama 3 jam di dalam air mendidih
2 biji pisang ranum | dihiris
Hirisan coklat secukupnya
200gm krim putar
BAHAN KERAK:
200gm biskut digestive
50gm mentega
80gm gula
50gm serbuk badam
BAHAN KRIM:
2 biji kuning telur
45gm gula kastor – beli online di sini
25gm tepung kastad (boleh ganti tepung jagung) – beli online di sini
50gm dairy heavy cream
200gm susu segar
CARA PENYEDIAAN:
1. Bagi menghasilkan kerak, campurkan biskut, serbuk badam dan gula. Kisar halus.
2. Kemudian cairkan mentega dan gaul bersama bahan kisar tadi. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit suhu 170⁰C. Sejukkan dalam peti sejuk.
3. Untuk krim pula, campurkan semua bahan dan masak di atas air kukusan sehingga kental dan sejukkan.
4. Pukul krim putar sehingga separa kental, masukkan krim yang dimasak tadi dan teruskan pukul sehingga kental.
5. Tuang susu pekat manis yang direbus ke atas kerak dan taburkan hirisan pisang.
6. Paip krim di atasnya dan taburkan hirisan coklat. Sedia untuk dinikmati.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
10 Menu Lauk Pauk Pantai Timur Paling Popular Di Kampung Baru. Wajib Cuba!

Belum ada idea untuk menu makan tengahari ni? Jangan pening-pening sebab aneka resipi dari negeri Pantai Timur ni antara menu-menu mudah serta ringkas yang boleh dicuba. Memang terbaik & tentunya membuka selera. Kalau nak guna resipi-resipi ni untuk berniaga pun boleh. Memang sedap hasilnya. Selamat mencuba!
1. GULAI IKAN IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua
- 1 liter santan
- 2 keping asam gelugor
- 5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm
- 1 /2 batang timun | hiris bulat
- 8 biji cili padi
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3cm lengkuas | hiris nipis
- 3cm kunyit hidup
- 6 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata .
- Masukkan ikan dan asam keeping. Kemudian didihkan di atas dapur.
- Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan timun.
- Kemudian dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan kembung, boleh guna ikan tongkol. Tetapi ikan tongkol perlu direbus dahulu sebelum dibuat gulai.
2. KERUTUP AYAM KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam kampung | belah empat
- 3 sudu makan rempah kerutup
- 2 sudu makan kerisik
- 1 sudu makan sos tomato
- 500ml santan pekat
- 1 keping gula Melaka
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
- 5 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
- Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
- Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
- Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
- Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
- Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.
3. SINGGANG DAGING LENGKUAS

BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan budu
- 1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
- 1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
- 3 keping asam gelugor
- 4 -5 hirisan lengkuas | titik
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 10 biji cili padi | titik atau hiris
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
- Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
- Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
4. AYAM PERCIK KUAH PUTIH

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam sederhana saiz | belah empat, bersihkan dan toskan.
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 batang serai | titik
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2cm halia
- 1 cawan santan pekat
BAHAN PERAP:
- 3 ulas bawang merah
- 2cm halia
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan perap kemudian lumurkan pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
- Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar.
- Sementara itu, tuangkan bahan kisar dalam kuali bersama santan, serai dan asam gelugor.
- Masak menggunakan api perlahan dan terus kacau hingga kuah pekat.
- Tutup api, ambil sedikit kuah dan sapukan pada ayam bakar berulang kali sehingga kuah melekat pada ayam.
- Angkat dan hidangkan panas-panas.
5. SOLOK IKAN

BAHAN-BAHAN:
- 5-6 ekor ikan kembung
- 1/2 biji kelapa sederhana tua | diparut dan ditumbuk
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
- 10 ulas bawang merah | ditumbuk
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk
- ½ sudu teh lada hitam | ditumbuk
- 1 biji telur ayam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Ikan dibuang tulang tengah dan dikikis. Jangan sampai terkoyak kulitnya.
- Isi ikan yang dikikis tadi, ditumbuk.
- Kemudian dicampurkan bersama kelapa dan bahan-bahan lain yang ditumbuk.
- Selepas itu, masukkan telur dan garam secukup rasa ke dalam bahan-bahan tadi.
- Gaul sehingga sebati.
- Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kulit ikan dan goreng sehingga masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain ikan kembung anda boleh juga guna ikan mambung, selar atau ikan jaket.
6. GULAI KUNING IKAN KERING

BAHAN-BAHAN:
- 5 keping ikan kering / ikan masin | dicelur di dalam air panas
- 1 biji nanas saiz kecil & sederhana masak | dipotong kecil
- 500ml santan
- 10 biji cili kering | dikisar
- 5 biji bawang merah | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 1 cm lengkuas | dikisar
- 1 cm kunyit hidup | dikisar
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- 2 biji cili hijau | belah 2
- 1 biji tomato | dibelah 4
CARA MEMASAK:
- Celur buah nanas sehingga lembut. Toskan airnya dan ketepikan seketika.
- Masukkan bahan kisar, santan dan buah nanas ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan ikan masin. Masukkan cili hijau dan tomato.
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Rasa kuah terlebih dahulu sebelum menambah garam kerana ikan masin telah memberikan rasa pada kuah.
7. KERABU PERUT

BAHAN-BAHAN:
- 500gm perut lembu
- 100gm kacang panjang | dipotong 3 cm dan dicelur
- 20gm tauge
- 20 biji cili padi | ditumbuk halus
- 10 ulas bawang merah | ditumbuk halus
- 5 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- 2 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
- 2 biji bawang besar | ditumbuk halus
- 3 batang serai | ditumbuk halus
- 2 biji limau nipis | diambil jusnya
- 1/2 biji kelapa | dibuat kerisik
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Perut lembu dibersihkan dan direbus hingga lembut. Kemudian dihiris kecil memanjang. Ketepikan.
- Ambil bahan yang telah ditumbuk halus dan masukkan ke dalam bekas.
- Satukan dengan perut lembu, kacang panjang, tauge, serai dan kerisik dengan bahan yang telah ditumbuk tadi.
- Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis. Sedia untuk dinikmati.
8. DAGING GORENG KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:
- 600gm daging | dihiris
- Air secukupnya
- 4cm halia | ditumbuk halus
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam
- 1 biji bawang besar | dipotong baji
- 1 biji cili hijau | dihiris
- 3 biji cili padi | dihiris
- 4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Gaul daging bersama garam, serbuk kunyit dan halia. Perap seketika.
- Masukkan daging ke dalam kuali dan tambah sedikit air. Biar sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
- Setelah air kering dan daging empuk, masukkan minyak dengan secukupnya. Goreng daging sehigga sedikit garing.
- Masukkan hirisan bawang besar, cili hijau dan cili padi. Gaul rata.
- Angkat dan bolehlah dinikmati.
9. GULAI IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ikan aya ( tongkol) | diberishkan, dipotong kecil dan direbus
- 1 liter santan
- 200ml air
- 4 ulas bawang putih | dikisar
- 6 biji bawang merah | dikisar
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 5cm kunyit | dikisar
- 2.5cm halia | dikisar
- 2.5cm lengkuas | dikisar
- 60gm cili kisar
- 60gm serbuk kari ikan
- 60gm kerisik
- 7 biji cili padi
- 3 keping asam gelugur
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan rempah kari, kacau sehingga naik bau dan rempah kelihatan masak. Masukkan kerisik.
- Seterusnya masukkan santan dan masak menggunakan api sederhana sehingga mendidih.
- Masukkan ikan, cili padi dan asam gelugur. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukup rasa.
- Biarkan mendidih dan masak sehingga kuah kelihatan sebati dan agak pekat. Sedia untuk dinikmati.
10. GULAI KAWAH DAGING DENGAN UBI STELO

BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging
- 1kg tulang
- 1 kg santan
- 2 biji ubi stelo ( keledek) | buang kulit dan potong dadu besar
- 8 ulas bawang merah | hiris
- Gula kerek/gula Melaka secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu air asam Jawa
- 5 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN NTUK TUMISAN:
- 12 biji bawang merah | hiris
- 6 ulas bawang putih | hiris
- 4cm halia | hiris
- 4 sudu makan rempah gulai kawah
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Untuk sediakan bahan tumisan, panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hirsan tumisan.
- Kacau rata hingga wangi, kemudian masukkan rempah gulai yang dibancuh dengan sedikit air. Terus kacau hingga pecah minyak dan betul-betul garing.
- Tutup api dan ketepikan seketika.
- Untuk penyediaan gulai, masukkan daging yang telah dihiris dalam periuk dan masak dengan sedikit air.
- Bila daging agak empuk dan airnya kering, masukkan ubi stelo, rempah gulai yang sudah ditumis.
- Gaul rata, kemudian masukkan bawang yang dihiris.
- Tuangkan santan dan masak lagi hingga mereneh.
- Perasakan dengan gula Melaka, air asam Jawa, gula dan garam secukup rasa.
- Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah sebelum dimatikan api dan sedia dihidangkan.
Resipi Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Dengan Pegaga Negeri Sembilan. Boleh Jadi Lauk Ibu Berpantang Juga

Masak lemak cili api resipi dari Negeri Sembilan seringkali digandingkan dengan sayur-sayuran. Bukan saja enak tapi juga hidangan jadi lebih lengkap dengan khasiat dari sayuran. Salah satunya adalah hidangan ikan tenggiri masak lemak cili api dengan pegaga.
Dikongsi oleh SuiSan Aliezsha hidangan yang enak ini juga boleh disajikan sebagai menu ibu berpantang. Cuma perlu gantikan cili api dengan lada hitam.
Resipi ikan tenggiri masak lemak cili api dengan pegaga
Bahan-bahan
600 gm – ikan tenggiri (boleh beli tenggiri bunga, kerana isinya lebih lembut dari tenggiri batang)
Cili api – ikut tahap kepedasan yang disukai
Kunyit hidup – secukupnya
1 biji kelapa parut – saiz besar, perah ambil santan dan pastikan guna kelapa tua
Asam keping
Pegaga

Cara membuat
1. Tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga lumat.
2. Sediakan kuali, masukkan ikan, bahan ditumbuk dan santan. Masak menggunakan api sederhana sehingga mendidih.

3. Selepas mendidih masukkan asam keeping dan garam secukup rasa.
4. Apabila kuah sudah masak dan pekat, masukkan pegaga. Kacau dalam beberapa minit. Tutup api dan hidangkan.

Sumber: SuiSan Aliezsha

