Lauk paling mudah dan cepat untuk dimasak bagi anda yang tak punya banyak masa di dapur. Namun jangan pandang enteng. Ringkas dan sangat mudah namun boleh buka selera makan sampai minta nasi tambah. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
IKAN TAMBAN GORENG CILI BAWANG
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
300gm ikan tamban
150gm bawang besar ] hiris bulat
100gm cili api ] racik
1 biji limau nipis ] ambil jus
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan tamban hingga garing. Ketepikan.
Gorengkan bawang besar dan cilia pi hingga layu. Angkat dan toskan minyak.
Taburkan bahan yang telah digoreng tadi ke atas ikan tamban. Perahkan jus limau nipis di atasnya.
Sedia dinikmati.
Info chef: Tidak perlu letak garam sebab ikan tamban dah punya rasa masin.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Enaknya menu Ikan Merah Masak Cuka ni. Salah satu resipi lauk yang sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Walaupun ringkas begini, rasanya memang sangat sedap dan membuka selera. Rasa masam-masam cuka, menaikkan lagi selera makan. Nikmat tak terkata. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekahini. Anda pasti puas hati.
CARA MEMASAK IKAN MERAH MASAK CUKA YANG SIMPLE & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1kg potongan ikan merah 3-4 sudu besar cuka masakan – beli online disini 10 biji cili padi merah (jangan diketuk) ½ biji timun – dipotong 1 biji tomato – belah 6 1 sudu besar biji sawi – beli online disini 1 biji bawang besar – dipotong bulat 3 ulas bawang putih – dihiris 2cm halia – dihiris 1 batang serai – diketuk 1/2 sudu teh garam 400-500ml air 1 sudu serbuk perasa 1/4 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini
CARA MEMASAK IKAN MERAH MASAK CUKA:
1. Ikan dicuci bersih dan direndam sebentar bersama air garam. Bilas dan lumur bersama garam serta serbuk kunyit sebelum digoreng. 2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan biji sawi. Biarkan biji sawi meletup letup sebentar.
3. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan serai. Masak sehingga sedikit keperangan dan naik bau.
4. Seterusnya masukkan bawang merah dan cili padi merah.
5. Masukkan cuka, air, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Rasa terlebih dahulu supaya dapat rasa yang anda mahukan.
6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng, hirisan timun dan juga tomato. Biarkan ianya masak dan mereneh seketika. Padamkan api.
7. Ikan Merah Masak Cuka siap untuk dihidang. Enak dimakan bersama nasi.
Bila rasa nak selsema atau demam, hidangan berkuah seperti sup sangat sesuai anda nikmati. Kuah yang panas dan enak ini boleh menambahkan tenaga malah membuka selera. Jom cuba!
SUP BEBOLA IKAN BERSAMA MI TELUR
BAHAN-BAHAN:
10 biji bebola ikan
1 mangkuk mi telur | dicelur dan toskan
1/2 biji bawang besar | dicincang halus
1 ulas bawang putih | dicincang halus
2cm halia muda | dihiris memanjang
1 pokok daun bawang |dihiris memanjang 3cm
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh perasa ayam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air dalam periuk, biarkan hingga kuah mendidih.
Masukkan pula bawang merah, bawang putih dan halia.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!