Sebenarnya, anda boleh buat sendiri ikan tenggiri jeruk secara homamade. Dah tak perlu beli lagi di kedai. Menerusi perkongsian Puan Suri Abdullah, anda bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, jimat dan anda pun boleh berniaga. Ikan ni memang sedap. Goreng makan dengan nasi memang layan. Malah, kalau nak masak Kailan Ikan Masin atau Nasi Goreng Ikan Masin pun boleh. Jom lihat cara-caranya.
Masih dalam mood Tahun Baru Cina, jom kita buat Dim Sum, ia adalah sejenis menu pembuka selera yang sihat dan bervariasi jenis. Masakan popular di kalangan masyarakat Cina ini, kini turut digemari oleh seluruh masyarakat Malaysia. Kepada pengembar Dim Sam, apa kata korang cuba sendiri masakan ini di rumah dengan berpandukan resipi RASA kongsikan ini.
DIM SUM AYAM CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
30gm isi ayam | cincang
30gm isi udang | buah kulit dan celur seketika
10gm cendawan | cincang
5gm kulit wantan secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
Sos Cili | sebagai pencicah
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1:
Campurkan isi ayam, udang dan cendawan yang telah dicincang digaul sebati). Ambil kulit wantan, kemudian masukkan campuran isi ayam, udang dan cendawan.
LANGKAH 2 :
Bentuk kulit wantan seperti cawan di dalan genggaman tangan.Tekan-tekankan isian sambil eratkan genggaman supaya Dim Sum padat.
LANGKAH 3:
Kemudian letakkan telur ikan di atas Dim Sum.Inilah hasil Dim Sum yang telah siap.
LANGKAH 4:
Masukkan Dim Sum di dalam pengukus.Kukus lebih kurang 6-10 minit. Kemudian buka pengukus dan keluarkan. Dim Sum yang sudah masak dan sedia dinikmati.
Paha dan drummet adalah dua bahagian ayam yang sedikit berotot tetapi sangat sedap terutamanya bagi yang kurang gemar makan isi ayam. Biasanya budak-budaklah yang suka sangat ayam ‘part’ ni. Di pasaraya, kadang-kadang ada juga yang juga bahagian-bahagian ni sahaja. Harganya pun murah. Jika anda biasa goreng je, apa kata kali ni cuba masak guna resipi di bawah ni. Pasti naik selera!
1. DRUMMET GORENG MENTEGA MADU
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet ayam | dibersihkan dan tos
10gm serbuk lada sulah
10gm garam
10gm sos tiram
250gm mentega
1 biji bawang besar | dimayang
2 biji cili besar | dihiris nipis
1 tangkai daun kari
3 sudu makan madu
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram.
2. Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan.
3. Panaskan mentega, goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga garing.
4. Taburkan di atas ayam goreng.
5. Akhir sekali tuangkan madu di atas gorengan ayam.
INFO CHEF: Enak dihidangkan panas-panas.
2. DRUMMET GORENG PEDAS ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet | bersihkan dan toskan 10gm bawang putih | dikisar Sedikit garam dan serbuk kunyit
Bahan Sos Pedas
50gm cili padi | dikisar
50gm cili merah | dikisar
30gm bawang merah | dikisar halus
3 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang merah | dikisar halus
Sedikit gula
Sedikit gula dan madu
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan drummet dengan bawang putih, garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng drummet hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
4. Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak.
5. Sebelum diangkat, masukkan garam, gula dan madu secukup.
6. Tuangkan sos di atas ayam tadi.
INFO CHEF: Jika tidak ada drummet boleh gunakan ayam bahagian lain.
3. AYAM KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drumstick | dibersihkan dan tos
2 sudu makan serbuk kari
Rempah penumis | kulit kayu manis dan bunga lawang
2 biji cili hijau |dibelah dua
1 biji bawang besar | dihiris bulat
3 ulas bawang merah | dimayang halus
3 ulas bawang putih |dimayang halus
3cm halia muda | mayang halus
1 batang serai titik
1 tangkai daun kari
1 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang bersama rempah penumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan rempah, gaul rata dan masukkan sedikit air.
5. Kacau hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, serai dan daun kari.
6. Masukkan pula kicap pekat dan kicap manis, garam dan gula secukupnya.
7. Setelah secukup rasa, masukkan ayam goreng bersama cili hijau. Gaul rata.
8. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Ayam kicap perempah enak dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.
4. AYAM GORENG NESTUM
BAHAN-BAHAN-BAHAN:
5 ketul drumstick – bersihkan dan tos
1 biji telur
Garam secukupnya
Lada sulah
300gm serbuk nestum
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur ke dalam bekas berisu drumstick.
2. Kemudian masukkan sedikit garam dan lada sulah. Gaul rata.
3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan.
4. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain nestum boleh juga gunakan cornflaks. Tetapi cornflaks perlu dikisar kasar sebelum digaul dengan ayam.
5. AYAM LEMON
BAHAN-BAHAN:
6 ketul paha ayam
2 biji lemon
3 sudu makan madu
2 sudu teh Rosemary kering
½ sudu teh serbuk lada hitam
2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk
3 sudu makan minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
2. Bancuh minyak zaitun bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon.
3. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam. Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
4. Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair. Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
5. Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.
Sedapnya Roti Paung Terengganu ni. Dapat pula makan panas-panas bersama secawan teh atau kopi panas, nikmat tak terkata. Ada yang nak cuba buat Roti Paung ni? Saudari Ariana Sofia Ahmad ada kongsikan cara-caranya. Uli pun guna tangan je namun hasilnya lembut dan sedap dimakan. Memang puas hati.
1. Masukkan air ke dalam bekas. Kemudian masukkan yis, susu tepung, gula dan garam. Kacau sampai sebati.
2. Rehatkan sampai yis berbuih macam ni. Balut bekas dengan plastik.
3. Dalam bekas lain, masukkan tepung, pelembut roti dan mentega. Kacau bagi sebati. Nak gaul guna tangan pun boleh.
4. Bila sudah sebati, masukkan telur dan kacau lagi sehingga rata.
5. Masukkan pula yis yang sudah kembang tadi. Adun lagi hingga sebati.
6. Adun sampai jadi macam ni. Doh memang lembik.
7. Ambik doh dan letak atas papan untuk menguli. Tabur sedikit tepung anggaran 1 sudu makan.
8. Uli doh sampai jadi lembut dan doh tidak melekat di tangan.
9. Letak doh dalam bekas yang telah disapu minyak. Balut bekas dengan plastik dan tunggu sehingga doh kembang dua kali ganda.
10. Rupa doh yang sudah kembang. Tumbuk doh bagi mengeluarkan angin.
11. Ambik sedikit doh, genggam dengan tangan bagi membentuk doh yang bulat.
12. Susun jarak antara doh. Nanti doh akan mengembang. Balut loyang.
13. Biarkan dalam 1/2 jam supaya doh kembang sempurna.
14. Rupa doh yang telah naik gebu.
15. Ambil kuning telur dan sapu atas roti. Kemudian bakar dengan suhu 170°c selama 15 minit. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
16. Bila sudah masak, sapu sedikit mentega di atas roti.
17. Roti Paung Terengganu sedia dihidang bersama Teh O atau Kopi panas. Selamat mencuba!