Set Beriani Istimewa Ayah, Pakar Lauk Kenduri, Gulai & Kurma Daging.

Share

Kalau sebut nasi briyani pasti tahu lauk gandingan wajib iaitu kurma atau gulai. Ikut cita rasa sendiri samada daging atau ayam.

Resipi perkongsian daripada Nor Shakinah Md Zainal cukup istimewa  kerana ini resipi warisan dari ayahnya. Katanya, “Ayah saya tukang masak rumah kenduri. Dan dia memang suka memperbaharui masakan dia terutamanya nasi. Pelbagai jenis nasi dia masak dan dia olah. Semuanya sedap2 dan semestinya mendapat pujian. Masak kerana Allah tiada sebarang caj dikenakan.”

1. NASI BRIYANI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras basmathi (basuh toskan)
    Sedikit daging dan tulang untuk buat stok (daging itu nanti buat kari pulak)
  • 2-3 labu bawang besar*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 5-6 biji buah keras
  • *Separuh dihiris separuh diblend
  • 3 helai daun pandan
  • Serba sedikit Jintan manis jintan putih kayu manis bunga lawang pelaga cengkih utk tumisan
  • 1 senduk rempah beriani (ayah saya beli kedai mamak rempah briani ni)
  • 1 senduk minyak sapi + sedikit myk masak
  • Suku tin kecil tomato puri
  • 1/2 tin tomato sup
  • 3 sudu besar oren sunquick
  • Sedikit jagung segar dan kismis
  • Sedikit gula batu dan garam secukup rasa
  • Secawan susu cair
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskn minyak sapi dan minyak masak.
  2. Masukkn bahan tumisan, bawang putih & bawang merah yang hiris.
  3. Sudah garing masukkan tulang dan daging. Kacau sekejap baru masukkan air dan biar sampai mendidih untuk ambil stok daging.
  4. Selepas itu angkat daging dan tulang itu ketepikan. Masukkan bahan kisar dan biar reneh sekejap.
  5. Masukkan rempah beriyani. Biar memekat.
  6. Masukkan tomato puri tomato sup gula batu dan oren Sunquick.
  7. Nampaksudah masak cantik masukkan air. Sudah menggelegak masukkan beras dan susu cair.
  8. Masukkan jagung dan kismis. Periksa kalau air kurang tambahkan sedikit air.
  9. Hendak masukkan dalam rice cooker pun boleh lagi senang. Tanak sehingga nasi masak. Bahan2 tu sahabat2 blh la agak2 ye… Sbb biasa ayah saya masak untuk ramai orang.

2.GULAI DAGING/KARI DAGING

BAHAN-BAHAN:

1kg daging + tulang basuh bersih toskan

BAHAN TUMIS:

  • 2 kuntum Bunga lawang
  • 4 Buah pelaga
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 2.5 sm kulit kayu manis
  • 1/2 biji bwg besar potong nipis
  • 7 ulas bwg putih potong nipis
  • 2 inci halia potong mancis
  • Daun kari

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 6-7 ulas bawang putih
  • 5biji buah keras
  • Sedikit halia
  • Kentang atau rebung atau betik ikut suka la nk letak apa
  • 2 senduk sederhana serbuk kari daging bancuh dgn sedikit air.. Jadikan pes
  • Santan dari 1 biji kelapa
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Perisa kalau guna..  Biasa ayah saya guna hilal
  • Sedikit gula dlm 1 sudu teh
  • 1 senduk kerisik

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
  2. Tumiskan bahan tumis.
  3. Masukkan serbuk kari sampai pecah minyak.
  4. Masukkan bahan kisar dan reneh lagi sampai masak.
  5. Masukkan daging dan tulang. Kacau sampai daging kecut.
  6. Masukkan air. Masak sampai daging empok.
  7. Sudah empuk daging masukkan kentang/rebung.
  8. Seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
  9. Perisakan dengan garam gula dan perisa. Siap.

3.KURMA DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging basuh bersih toskan

BAHAN TUMIS:

  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Cengkih
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • 1/2 biji bwg besar potong nipis
  • 7 ulas bwg putih potong nipis
  • 2 inci halia potong mancis

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 6-7 ulas bawang putih
  • 8 biji kentang | belah empat
  • 2 senduk sederhana serbuk kurma-bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes
  • 1 biji santan kelapa
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa
  • Sedikit gula
  • 1 senduk kerisik
  • 4 biji cili merah dan hijau-belah 2
  • 3 biji bawang besar-belah 4

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
  2. Tumiskan semua bahan tumis. Masukkan serbuk kurma dan biar sampai pecah minyak.
  3. Masukkan bahan kisar. Reneh lagi sampai masak.
  4. Selepas itu masukkan daging. Kacau sampai daging kecut.
  5. Kemudian masukkan air. Masak sampai daging separuh empuk.
  6. Masukkan kentang/rebung seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
  7. Perisakan dengan garam gula dan serbuk perasa.
  8. Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijua dan bawang. Masak dalam 3-5 minit.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nor Shakinah Md Zainal

 

 

Published by
Faridah Talib