Resipi Istimewa Hujung Minggu: Ayam Berlado Padang Enak & Pedas!

Share

Masakan Indonesia sememangnya dekat dengan masyarakat Malaysia. Penggunaan bahan-bahan yang hampir sama, membuatkan hidangan dari seberang ini sangat digemari ramai dan senang dicuba.

 

AYAM BERLADO PADANG

BAHAN-BAHAN A:

  • 500ml air
  • 1 ekor ayam | potong kecil
  • 2 helai daun salam
  • 2 batang serai | dititik
  • 3cm lengkuas | diketuk

BAHAN-BAHAN B (KISAR):

  • 8 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 3cm halia
  • 1 sudu teh garam

BAHAN-BAHAN C (TUMBUK KASAR):

  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 10 biji cili merah
  • 1 biji tomato
  • 3 sudu makan air asam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan-bahan A dan bahan-bahan B yang telah dikisar lalu rebus hingga air kering.
  2. Angkat ayam dari periuk.
  3. Goreng ayam di dalam minyak yang panas hingga keperangan. Toskan. Ketepikan.
  4. Bahan-bahan C ditumbuk kasar dan gaul sebati. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan C hingga harum dan sesuaikan rasanya. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.
  5. Sedia dihidangkan.
Published by
Nur