Resipi Istimewa Lontong Digoreng Dan Cepat DiMasak Untuk Hari Raya.

Share

Bagi mereka yang nak cepat dan sibuk, lontong goreng ni memang sesuai. Senang dibuat dan makan pun cepat sebab tak perlu berkuah, Makan, ngap..ngap di pagi raya kejap aje dah licin pinggan.


.

Tumiskan aje sekali ketupat mini dengan rencah. Dah siap, jomlah cuba..

LONTONG GORENG SPECIAL :


BAHAN-BAHAN :

  • 10 biji nasi impit @ ketupat (yang mini)
  • 1- 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 6 biji bawang merah | kisar sekali dengan cili kisar
  • 4sudu besar cili kisar (nak pedas letak lebih)
  • Sedikit ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • 1paket tempe (dipotong halus dan digoreng dulu)
  • 1keping tauhu (digoreng & dipotong dadu)
  • 1keping fucuk tauhu(direndam dulu)
  • Beberapa ekor udang basah/ayam/daging(terpulang)
  • 1biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih yg diketuk
3. Bawang putih dah kuning masukkan ikan bilis,..biar garing sedikit
4. Masukkan cili kisar , dah garing naik bau, masukkan fucuk tauhu,udang,tauhu n tempe
5. Masukkan gula,garam dan secukup rasa (jika suka),kacau sebati
6. Masukkan ketupat mini impit yg dipotong 4..kacau sebati
6. Akhir sekali masukkan telur, siap boleh dihidangkan


.

Sumber FB : 1001 Jenis Resepi Masakan Dan Petua DI Dapur

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

ATAU JUGA RESIPI  INI :

Published by
Putri Adila Saari