Teringin nak makan Jagung Rebus Manis, jom buat sendiri di rumah. Lagi-lagi bila dah nak bulan puasa ni, bolehlah buat sebagai hidangan berbuka puasa nanti. Lebih jimat dan boleh makan puas-puas. Gabungan rasa manis dan lemak-lemak yang cukup menyelerakan. Tambahkan Keju Chesdale di dalam hidangan. Keju ini diperbuat dengan susu dari New Zealand yang tinggi dengan kalsium dan protein. Ia juga buat makanan jadi lebih enak. Jom cuba.
JAGUNG REBUS MANIS
BAHAN-BAHAN:
4-6 tongkol jagung manis – potong dua
6 keping keju Chesdale
250ml Fernleaf Susu UHT
100gram Anchor Butter Unsalted
180gram susu pekat manis
½ sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus jagung dalam air yang banyak selama 10-15 minit. Setelah itu buang lebihan air rebusan.
Tuang Fernleaf Susu UHT, susu pekat manis lalu kacau rata.
Masukkan Anchor Unsalted Butter dan garam lalu kacau lagi.
Resipi Lempeng Mozzarella Cheese yang sangat mudah dan enak dimakan ketika sahur dan juga berbuka. Lebih sedap jika dimakan bersama Ayam Sambal. Memang kombinasi yang cukup padu. Tak rugi cuba resipi ni. Yang penting, gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna. Enak juga dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango. Jom cuba.
LEMPENG MOZZARELLA CHEESE WITH AYAM SAMBAL
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
80gm Perfect Italiano Mozzarella
80gm Perfect Italiano Perfect Melt
4 cawan air
30gm daun sup
Ayam Sambal | leftover
Garam secukupnya
Cara Memasak:
Gaulkan semua bahan termasuk keju Perfect Italiano Mozzarella di atas hingga sebati.
Masak adunan satu persatu di atas kuali non stick.
Hidangkan bersama leftover Ayam Sambal.
Untuk melengkapkan hidangan, makan bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
Resipi Sandwich Tuna Berkeju yang cukup ringkas. Intinya menggunakan tuna yang digaul bersama beberapa bahan mudah yang lain. Nampak sangat sedap dan tentunya mengenyangkan. Memang patut dicuba. Gunakan Anchor Cheddar Cheese Slices yang kaya dengan protein dan kalsium serta Anchor Spreadable untuk memberi aroma kepada sandwich kita. Enak juga dinikmati bersama Fernleaf CalciYum Cultured Milk Drink untuk kanak-kanak atau Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+ untuk dewasa.
SANDWICH TUNA BERKEJU
Bahan-bahan:
1 tin tuna | tapis amek tuna sahaja, air tak nak
Anchor Spreadable secukupnya
4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
4 sudu mayones
1 biji bawang merah | kisar kering
2 ulas bawang putih | kisar kering
1 biji lemon jus
30gm daun sup
4 keping roti putih
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, gaul tuna, mayones, bawang merah, bawang putih, lemon jus, daun sup. Perasakan bagi sedap.
Sapukan Anchor Spreadable di atas roti.
Kemudian, ratakan inti tuna di atas roti, letakkan Anchor Cheddar Cheese Slices dan tutup dengan roti satu lagi.
Panggangkan roti hingga perang.
Boleh dinikmati bersama Fernleaf CalciYum Cultured Milk Drink untuk kanak-kanak atau Fernleaf Probiotic+ untuk dewasa.
Biskut Parmesan Cornflakes Butter memang antara biskut yang menjadi pilihan ramai ketika hari raya. Jika dihidangkan, memang laku keras biskut ni. Kali ini, cipta kelainan dengan menambah keju Perfect Italiano Parmesan. Nak tambah keharuman pada biskut, gunakan Anchor Unsalted Butter. Memang bertambah enak biskut kita dibuatnya. Jom cuba.
PARMESAN CORNFLAKES BUTTER
Bahan-bahan:
500gm cornflakes
250gm madu
100gm kurma | kisar kasar
60gm Anchor Unsalted Butter | dicairkan
30gm gula halus
60gm Perfect Italiano Parmesan
70gm chocolate rice
Paper cup
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, gaulkan cornflakes, madu, kurma, Anchor Unsalted Butter dan gula hingga sebati.
Tuangkan cornflakes di dalam setiap paper cup. Kemudian, taburkan chocolate rice di atasnya.
Letakkan secubit keju Perfect Italiano Parmesan untuk memberi rasa sedikit masin di atas.
Bakar di dalam oven pada suhu 150°C selama 15 minit.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!