Makan

Resipi Jagung Rebus Manis Yang Mudah & Sedap. Memang Menjilat Jari!

Share

Teringin nak makan Jagung Rebus Manis, jom buat sendiri di rumah. Lagi-lagi bila dah nak bulan puasa ni, bolehlah buat sebagai hidangan berbuka puasa nanti. Lebih jimat dan boleh makan puas-puas. Gabungan rasa manis dan lemak-lemak yang cukup menyelerakan. Tambahkan Keju Chesdale di dalam hidangan. Keju ini diperbuat dengan susu dari New Zealand yang tinggi dengan kalsium dan protein. Ia juga buat makanan jadi lebih enak. Jom cuba.

JAGUNG REBUS MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 4-6  tongkol jagung manis – potong dua
  • 6 keping keju Chesdale
  • 250ml Fernleaf Susu UHT
  • 100gram Anchor Butter Unsalted
  • 180gram susu pekat manis
  • ½ sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus jagung dalam air yang banyak selama 10-15 minit. Setelah itu buang lebihan air rebusan.
  2. Tuang Fernleaf Susu UHT, susu pekat manis lalu kacau rata.
  3. Masukkan Anchor Unsalted Butter dan garam lalu kacau lagi.
  4. Masukkan keju Chesdale lalu gaul rata.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma