Sebut sahaja kek keju, pasti ramai yang angkat tangan. Peminatnya memang ramai lebih-lebih lagi kalau kek tersebut gebu dan enak. Ramai yang fikir, kek keju ni susah nak buat. Salah tu… Ada juga kek keju yang mudah dan tidak menggunakan kos yang mahal untuk dihasilkan. Salah satu yang anda boleh cuba ialah Japanese Cotton Cheesecake ni. Hanya guna keju cheddar dan beberapa bahan mudah yang lain. Hasilnya? Sangat memuaskan hati. Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan. Nanti bolehlah cuba hasilkan untuk keluarga anda.
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur gred A | asingkan kuning dan putih
6 keping keju cheddar cheesedale
100gm mentega
100gm tepung gandum ( sebaiknya diayak)
125gm gula pasir
300ml susu segar
CARA MEMASAK:
1. Carik-carikkan keju menjadi kepingan kecil. Ambil periuk, masukkan susu dan keju yang dah dicarik tadi.
2. Panaskan susu menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga keju cair.
IKLAN
3. Setelah keju cair, masukkan mentega. Sebaiknya, mentega dipotong kecil bagi memudahkan ia cair.
4. Setelah semua bahan cair, padamkan api dan biarkan seketika.
5. Satukan gula bersama putih telur. Pukul hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan seketika.
6. Dalam bekas berlainan, satukan kuning telur dan esen vanilla. Pukul hingga sekata. Kemudian masukkan campuran susu dan keju yang telah dicairkan tadi.
IKLAN
7. Kacau campuran kuning telur dan susu hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau lagi hingga sebati dan adunan tidak berketul. ( waktu ini, bolehlah mula panaskan ketuhar)
8. Tuang putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan. Kaup balikkan adunan sehingga sebati.
9. Sediakan loyang untuk adunan tadi. Sapu mentega disekelilinya. Guna loyang saiz 9 inci. Jika guna loyang ‘springform’, balut bahagian luar menggunakan aluminium foil bagi mengelakkan adunan kek keluar.
10. Ambil loyang yang lebih besar, masukkan sedikit air dan letakkan loyang kek tadi. Bakar menggunakan teknik ‘waterbath’.
IKLAN
11. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 170C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.
12. Kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit.
13. Setelah kek masak, keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati.
Korang penggemar Cheesekut? Buatnya sangat mudah. Ia ada gabungan cream cheese dan biskut. Tak perlu nak kukus atau bakar. Makan pemanis yang satu ini anda tidak pernah akan puas. Mesti nak makan berkali-kali . Begitu penangan kek yang simple ini. Jom tengok apa bahan-bahan yang dikongsi oleh Ariana’s Kitchen.
CHEESEKUT CAKE Bahan-bahan:
250 cream cheese(Saya guna brand Tartura)
1 paket biskut Deluxe Crackers Hup Seng
1/2 tin susu pekat manis (boleh kurangkan)
1 kotak kecil susu segar
Nestum
p/s:Susu segar beli kotak kecik pun dah cukup.Saya beli besar sebab balance nak buat mushroom soup.
1)Masukkan cream cheese, susu pekat manis dan 2 sudu susu segar ke dalam mixer/blender. Putar sampai sebati.
2)Lapik loyang dengan plastik. Celup biskut dalam susu segar. Kemudian susun dalam bekas untuk buat tapak(lapisan pertama). Celup sekejap saja. Kalau rendam lame nanti jadi lembik.
3)Tuang adunan cheese ke biskut dan ratakan. Tabur nestum(optional).
4)Ulang langkah yang sama sampai biskut habis atau cukup untuk buat lapisan yang akhir.
5)Pastikan lapisan atas sekali ialah adunan cream cheese.Tabur nestum.
6)Dah siap masuk dalam peti sejuk sebelah bawah. Sedap makan semasa sejuk.
Inilah hasil kejadian selepas keluar dari peti sejuk.
Selamat mencuba.
Kredit resipi & foto: Ariana’s Kitchen
INGIN MEMBELI PERKAKASAN RUMAH, BOLEH BELI DI SINI.
Siapa yang suka sangat dengan kek coklat boleh cuba versi yang ini pula. Bolu Coklat Lapis Cheese Kukus ni sedap disimpan dalam chiller dulu kemudian baru dipotong. Buat untuk minum petang nanti. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Iedaa Jahaya.
Bolu Coklat Lapis Cheese Kukus 110gm tepung gandum 2 sudu makan serbuk coklat 1 sudu kecil baking soda 1/2 sudu teh garam 1 sudu kecil baking powder Ayak.kemudian gaul sebati dahulu. Ketepikan 2 biji telur 150gm gula kastor Whisk hingga gula larut kemudian masukkan 125ml susu cair ,gaul hingga sebati.
Cara membuat:
1.Masuk bahan ayak sikit-sikit, kaup balik hingga betul-betul sebati dan adunan tak berketul. Adunan nampak licin je. 2.Kemudian masuk 45ml minyak jagung. Gaul betul-betul sebati,baru masuk loyang. 3.Panaskan kukusan. Kukus 30minit.Dah sejuk keluarkan dari loyang. Potong bahagian tengah kek. 4.Putar 250g cream cheese 5.Masuk ½ cawan whipping cream,kalau tak ada guna susu full cream pun boleh. 6.Masuk 1/2,cawan susu pekat,putar lagi. 7.Bila dah nampak leleh sikit.lapis kat bahagian tengah kek. Letak pulak lapisan kek lagi satu. 8.Untuk bahagian atas pulak,lapis lagi cream cheese kat semua lapisan atas. 9.Untuk curah coklat,Double boil coklat masakan. Saya guna coklat beryls milk bukan dark.boleh je mana-mana pun lebih kurang 3/4cawan. Masuk 1/2cawan whipping cream.Bila air dah didih,kacau coklat hingga cair tutup terus api.Tunggu sejuk sekejap baru curah atas lapisan atas cheese tadi. 10.Masuk lebihan cheese dalam piping beg .Lakarkan sikit atas tu. Siap dah. Boleh simpan dalm peti sejuk dulu. Kemudian baru dipotong.
Coklat merupakan salah satu simbol kasih sayang. Tidak hairan ramai yang memberi coklat pada yang mereka cintai. Selain itu coklat juga memberi manfaat untuk kesihatan
Biji koko kaya dengan nutrisi tanaman yang disebut flavanoid. Coklat hitam adalah yang paling banyak mengandungi nutrisi tersebut. Apa manfaat dari flavanoid? Zat tersebut memiliki sifat antioksidan yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, menurut pakar kesihatan dari Universitas Harvard, makan coklat dalam jumlah sederhana juga mengurangkan risiko atrial fibrillation-keadaan detak jantung yang tidak teratur yang dapat meningkatkan risiko stroke, gagal jantung, dan komplikasi jantung lainnya.
Selain itu memperbaiki otot lebih cepat Setelah berolahraga, jangan lupa minum atau makan coklat kerana dipercayai dapat memulihkan tubuh lebih cepat, terutama pada bahagian otot. Kurang percaya? Sebuah kajian dari University of Texas di Austin menemui bahawa atlet yang minum coklat rendah lemak setelah latihan–bukan minuman olahraga berasaskan karbohidrat atau minuman bebas kalori–mengalami pemulihan lebih cepat.
Minum dan makan coklat juga dapat meningkatkan kemampuan otak Kalau anda mulai sering lupa, cuba ambil coklat. Mungkin dahulu orang tua pernah melarang kita makan coklat kerana akan merosakkan kulit. Ternyata, makan coklat dapat memperbaiki kulit. Beberapa penelitian mengungkapkan coklat dapat membantu melindungi dari sinar UV yang berbahaya. Tapi sebaiknya memilih coklat yang rendah gula kerana kebanyakan gula akan meningkatkan risiko munculnya jerawat.
Jika merasa terlalu banyak makan, coklat hitam boleh jadi penyelesaian untuk menurunkan nafsu mengunyah lebih banyak lagi. Makan coklat hitam dapat membantu mengatur nafsu makan, menurut sebuah penelitian kecil oleh para peneliti Universiti Kopenhagen. Hal itu berlaku kalau anda menyukai makanan manis, masin atau berlemak.
Coklat mengandungi anti-pembekuan darah yang membantu meningkatkan aliran peredaran darah dan juga bertindak sebagai aspirin yang membantu untuk mengurangkan sakit kepala. Selain itu, coklat juga membantu meningkatkan aliran darah ke retina sekali gus memberi ransangan yang baik untuk mata anda.
Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan anda lebih berjaga-jaga dan sentiasa dalam keadaan sedar. Kajian yang diadakan di Britian menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi otak anda terutama sekali dalam bidang pengiraan.
BISKUT CIP COKLAT NEOPOLITAN BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
65gm gula kastor
85gm gula perang
1 biji telur ayam gred A
1 sudu teh esen vanila
20gm oat |kisar halus
20gm badam cincang
50gm cip coklat
50gm cip coklat ‘butterscoth’
50gm cip coklat strawberi BAHAN DIAYAK BERSAMA:
190gm tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu makan serbuk koko CARA MEMASAK:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 150C.
2.Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga kembang.
3.Masukkan telur dan esen vanila.
4.Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan gaul sebati.
5.Masukkan oat, badam dan ketiga-tiga cip coklat dan gaul rata.
6.Rehatkan doh selama ½ jam di dalam peti sejuk.
7.Keluarkan adunan dari peti sejuk dan sudukan sedikit demi sedikit adunan menggunakan sudu teh ke atas loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas pembakar (baking paper).
8.Bakar biskut selama 15 hingga 20 minit.
9.Setelah siap dibakar, sejukkan biskut di atas redai.
10.Simpan biskut di dalam bekas kedap udara.
Saiz hidangan 90 keping
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Terdapat badam da oat di dalamnya
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos : RM 20
RESIPI: TERIMA KASIH NOOR HASLINDA ABDULLAH, TAMAN PUCHONG PRIMA, PUCHONG SELANGOR.
KEK COKLAT BUCKEYE BAHAN-BAHAN: UNTUK MEMBUAT INTI MENTEGA KACANG:
180gm mentega kacang
125gm krim keju
30gm gula ising
1 biji telur | dipukul
3 sudu makan susu segar
UNTUK MEMBUAT KEK COKLAT
230gm air
170gm mentega
1 sudu makan serbuk kopi segera
250gm tepung
75gm koko
1 sudu teh baking soda
½ sudu teh garam
350gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
110gm yogurt
UNTUK MEMBUAT SALUTAN COKLAT :
115gm krim tenusu
1 sudu makan gula
2 sudu makan sirap jagung
60gm mentega kacang
120gm coklat hitam
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat isian mentega kacang, putar semua bahan sehingga licin. Ketepikan.
2.Untuk membuat kek coklat, panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang acuan bulat berbentuk cincin yang mempunyai lubang di tengahnya.
3.Air, mentega dan serbuk kopi dimasak bersama sehingga menggelegak.
4.Tepung, koko, baking soda dan garam ditapis bersama. Masukkan campuran air panas tadi dan diikuti dengan telur, esen vanila dan yogurt. Gaul sebati.
5.Tuangkan ¾ adunan ke dalam loyang. Sudukan isian mentega kacang di tengah-tengah loyang. Tuangkan adunan selebihnya dan bakar selama 60 minit atau sehingga masak.
6.Untuk membuat salutan coklat, panaskan bahan-bahan menggunakan kaedah double-boil sehingga coklat licin dan berkilat. Tuangkan pada kek untuk hiasan.
7.Sedia dinikmati.
Saiz Hidangan : 15 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis Hidangan : Kek
Keistimewaan : Mempunyai elemen kejutan, ada mentega kacang di tengah-tengah kek coklat
Jenis Masakan : Pencuci mulut
Cara Memasak : Bakar
Anggaran Kos : RM 35-RM40 TERIMA KASIH ILYANA ABDULLAH
KEK COKLAT PUTIH BAHAN-BAHAN :
110gm coklat putih | cairkan
90gm coklat putih | cincang halus
227gm mentega
350gm gula kastor
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
350gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
¼ sudu teh baking soda
225gm yogurt
CARA MEMASAK :
1.Panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
2.Tapiskan tepung, serbuk penaik, garam dan baking soda bersama.
3.Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Tambahkan esen vanila.
4.Masukkan coklat putih yang telah dicairkan.
5.Masukkan adunan tepung dan yogurt berselang-seli. Pukul perlahan sekadar sebati.
6.Tuangkan pada loyang separa penuh. Taburkan coklat putih yang dicincang. Penuhkan loyang dengan adunan selebihnya.
7.Bakar selama 60 minit ataupun sehingga masak.
8.Hiaskan dengan buah strawberi untuk lebih menarik.
Saiz hidangan : 8 hingga 10 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Kek
Keistimewaan : Kaya dengan rasa mewah coklat putih
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos : RM 35-RM40
INFO CHEF : Hiaskan dengan coklat hitam dan putih yang dicairkan bersama buah-buahan masam seperti strawberi. TERIMA KASIH ILYANA ABDULLAH
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...