Resipi Jarang Jumpa, Sup Kelapa Daging Bakar Yang Mesti Korang Cuba

Share

 

Mungkin ada yang pernah jumpa resipi ni. Ada juga yang tak pernah jumpa. Jadi RASA kongsikan di sini resipi Sup Kelapa Daging Bakar yang jarang-jarang dibuat. Korang boleh nikmati sup dengan cita rasa yang berbeza.

 

SUP KELAPA DAGING BAKAR

Bahan-bahan

300 gram daging batang pinang
1 biji air kelapa
1 kiub stok ayam
100 gram isi kelapa (dihiris nipis)
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
2 biji cili padi merah (dihiris nipis)
Daun bawang untuk hiasan

Cara memasak
1. Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
2. Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
3. Seterusnya masukkan daging bakar dan isi kelapa. Perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
4. Setelah mendidih, padamkan api. Taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Published by
Maryam Elyas