Tak perlu ke kedai bakeri dah kerana anda boleh buat sendiri Jejari Rangup Parmesan ini di rumah. Memang puas hati bila makan tu kerana cukup segala rasa. Lebih-lebih lagi apabila ditambah keju dan dimakan panas-panas. Satu memang tak cukup! Sangat lembut, gebu dan enak.
Tentunya penggunaan Keju Perfect Italiano Parmesan membantu menaikkan rasa hidangan ini. Ia merupakan keju tulen yang menambah rasa pada mana-mana hidangan. Keju yang wajib ada dalam peti sejuk rumah anda. Wajib cuba dan gerenti menjadi.
JEJARI RANGUP PARMESAN
BAHAN-BAHAN:
- 250gram tepung gandum
- 150ml air suam
- 200gram Keju Perfect Italiano Parmesan Grated
- 7gram yis kering
- ½ sudu makan minyak zaitun
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh gula
CARA MEMASAK:
- Tuang yis kering dan gula ke dalam 50ml air suam dan biarkan kembang (berbuih) selama 3-5 minit.
- Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk pengadun. Tuang minyak zaitun dan campuran yis tadi lalu uli perlahan. Perlahan-lahan tuang lebihan air suam tadi lalu teruskan menguli untuk beberapa minit.
- Masukkan Keju Perfect Italiano Parmesan Grated ke dalam mangkuk pengadun lalu uli lagi hingga jadi doh yang tak melekat di mesin pengadun.
- Keluarkan doh dan masukkan ke dalam mangkuk yang telah ditabur sedikit tepung. Tutup dengan cling wrap dan rehatkan selama 10 minit atau hingga agak kembang.
- Keluarkan doh lalu canaikan di atas papan pencanai yang telah ditabur tepung. Canai dengan ketebalan yang diingini lalu potong memanjang seperti jejari.
- Susun doh di dalam dulang pembakar yang telah diletakkan parchment paper lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 8-10 minit atau hingga keperang-perangan.
- Keluarkan dari ketuhar dan tabur lebihan Keju Perfect Italiano Parmesan Grated ke atas jejari rangup tadi.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official