
Jika dulu, sebut sahaja agar-agar, pasti terbayang manisan berperisa sirap, jagung, pandan dan sebagainya yang dipotong dadu. Memang enak dimakan sejuk-sejuk. Malah nak buatnya juga senang dan murah. Kini dengan inovasi serta kreativiti, bermacam-macam resipi agar-agar telah dihasilkan. Bahkan hasilnya sangat menarik dan kelihatan mewah. Bagi anda yang gemarkan sajian agar-agar, resipi yang kami kongsikan ini anda boleh cuba. Mudah, sedap & berkhasiat.
RESIPI JELLY TEMBIKAI VIRAL
BAHAN-BAHAN:
- 20gm agar-agar serbuk
- 1 liter air
- 200gm gula
- 1 biji buah tembikai merah
- Buah naga | potong dadu
- Buah kiwi | potong dadu
- Buah nanas | potong dadu
- Buah betik | potong dadu
- Strawberi | potong dadu
- Blueberi
* Selain buah-buahan diatas, boleh juga menggunakan buah-buahan lain mengikut citarasa masing-masing.
CARA MEMASAK:
- Tembikai dibelah dua dan dikeluarkan isinya. Isi tembikai dipotong dadu.
- Masukkan kesemua buah-buahan yang dipotong dadu ke dalam kulit tembikai.
- Masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut.
4. Tuang agar-agar ke dalam kulit tembikai berisi buah-buahan tadi. Biarkan sejuk dan mengeras. Boleh disimpan di dalam peti sejuk.
5. Potong dan sedia untuk dinikmati.
https://www.facebook.com/Starvingtime/videos/1809608712391976/
Kredit gambar, resepi & video: Starvingtime
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Roti Canai Homemade Lembut Hingga Ke Petang

Roti canai, menu yang tidak pernah jemu dimakan tidak kira pagi, petang atau malam. Jika sebelum ini kita memilih untuk makan roti canai di kedai mamak, apa kata kali ini kita cuba buat sendiri di rumah. Resipi yang dikongsi oleh Iza Haliza Mohd Zaid tersangatlah bermanfaat kerana roti canai tersebut akan tetap lembut hingga ke petang. Boleh buat untuk sarapan esok pagi.
RESIPI ROTI CANAI
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gadum
- 1 hingga 1 1/2 cawan air
- 1 sudu besar marjerin
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar minyak masak
CARA PENYEDIAAN:
LANGKAH 1
- Air + garam + susu = dikacau = Bahan A
- Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual) tp campur semuer kalau pakai mesin.
- Campur minyak masak
- Campur marjarin
LANGKAH 2
Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
LANGKAH 3
Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. (satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai)
LANGKAH 4
Salutkan dgn marjarin utk mengelakkan ia dari melekat. (maisya salut dengan minyak)
LANGKAH 5
Tinggalkan selama 2 jam.
LANGKAH 6
Siap utk ditebar dan dibentuk sama ada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
LANGKAH 7
Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu…nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu
PETUA untuk buat roti canai:
- Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
- Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
- Untuk menjadikan roti canai itu LEMBUT sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais
KREDIT RESIPI & FOTO: Iza Haliza Mohd Zaid
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
3 Cookies Tanpa Acuan Yang Sedap.

Cookies antara kudapan raya yang sedap dan mudah disediakan. Paling penting tidak perlu acuan untuk membentuknya. Anda yang menyukai cookies, usah tunggu raya kalau mahu menyediakannya, buat je bila-bila teringin. Berikut tiga jenis cookies mudah disediakan dan rasa pun sedap.
PANDAN GRANOLA COOKIES
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
120gm marjarin campur mentega
70gm gula pasir
1/2sudu teh vanila
1biji kuning telur
1sudu teh pes pandan
BAHAN B:
110gm tepung gandum
15gm tepung jagung
1/4sudu teh baking powder
BAHAN C:
75gm Granola mix
CARA MEMBUAT:
- Panaskan ketuhar 150’C, siapkan loyang yang telah disapu margarin atau alas dengan baking paper. Sisihkan.
- Sediakan bahan A: Pukul mentega & gula pasir lebih kurang 1minit. Masukkan kuning telur, esen vanila vanila & pes pandan. Adun rata. Tutup mixer.
- Masukkan bahan B ke dalam adonan bahan A, adun rata menggunakan spatula.
- Tambahkan bahan C, adun hingga semua bahan bercampur sekata.
- Sudukan adunan di atas loyang, beri jarak kerana cookies akan sedikit melebar.
- Bakar lebih kurang 30 minit atau hingga matang sempurna.
- Angkat & biarkan dingin sebelum disimpan dalam bekas kedapaa udara.
. @shirleyliem
KLEPON COOKIES
BAHAN-BAHAN:
50gm mentega
13gm putih telur
100grm tepung protein rendah
10gm susu tepung
25gm kelapa parut kering / dessicated coconut
40gr gula halus
1 sudu the pes pandan
1gm garam
BAHAN FILLING:
50gm coklat putih
50gm gula Melaka
10gm mentega
1gm garam
BAHAN SALUTAN:
Kelapa parut kering
CARA MEMBUAT:
- Adun mentega, putih telur, garam, pes pandan dan gula halus.
- Masukkan tepung, kelapa parut dan susu tepung. Adun lagi dan ke tepikan.
- Sementara itu sediakan filling dengan cara cairkan coklat dan mentega. Masukkan gula Melaka dan garam. Kacau hingga rata. Simpan di chiller lebih kurang10 minit.
- Bentuk bulat bahan filling dan simpan lagi di chiller 10 menit.
- Ambil adonan cookies 1/2 sudu makan. Leperkan di tangan dan isi dengan filling.
- Kemudian bulatkan.
- Gulingkan dalan bekas kelapa kering hingga semua bahagian luar bersalut kelapa kering.
- Bakar dalam ketuhar di rak kedua dari atas dengan suhu 170C selama 12 minit.
- Setelah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
by @irwinlin
BANANA OAT COOKIES
BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang masak (lebih kurang 80gm)
100gm quaker oat
2 sudu makan madu
1 susu makan minyak masak
50gm chocochips
1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
- Hancur atau lenyekan pisang dengan garpu.
- Tambahkan oat, madu dan minyak. Aduk rata.
- Rehatkan selama 10 minit supaya madu dan minyak sebati.
- Tambahkan chocochips dan garam. Adun rata.
- Ambil 30 gram doh cookies. Bulatkan dan leperkan.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 170C menggunakan api atas bawah.
- Jangan overbaked karena cookies akan menjadi keras.
- Setelah masak, keluarkan dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
8 Pemanis Mulut Autentik Di Majlis Santapan Diraja. Sedap & Boleh Cuba Ni.

Melihatkan senarai pilihan pemanis mulut pilihan Raja Permaisuri Agung sebagai hidangan di Majlis Santapan Diraja ia sungguh autentik dan menarik perhatian tetamu diraja, Ia bagaikan amembangkitkan nostalgia silam di mana kesemua manisan ini sangat sinonim di majlis-majlis keraian di zaman dulu-dulu. Menariknya kesemua manisan ini sangat mudah disediakan, kepada korang yang teringin mencuba dan merasakan aura autentik, ini dikongsikan resipinya yang boleh dicuba.
.
PUDING RAJA
BAHAN-BAHAN:
- 4 sikat pisang lemak manis | buang kulit
- 1 cawan biji gajus | goreng
- 2-3 genggam jala emas
- 200gram buah prun | potong empat
- Buah ceri merah/hijau
- 2 sudu makan minyak sapi
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN KUAH PUDING:
- 1 tin susu cair
- 3 biji telur | ambil kuning sahaja
- 1/2 tin air
- 1-2 cawan gula | ikut citarasa
- Daun pandan | simpul
- Esen vanilla
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning.
- Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan. Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.
- Untuk Kuah Puding. Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih.
- Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
- Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila.
- Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
- Cara Menghidang:Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.
- Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
.
KUIH KACAU KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg keledek
- 1 biji kelapa parut | jadikan santan 2 gelas
- 500gram gula pasir
- 2 biji telur ayam
- 1 sudu teh vanilla
- 2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Keledek dibersihkan, rebus dan lecek hingga halus
2. Satukan gula dan santan serta garam. Jerangkan atas api sederhana dan dikacau hingga likat.
3. Telur dipukul lalu dimasukkan kedalam adunan santan gula bersama keledek lecek dan esen vanilla.
4. Masukkan pewarna kuning.
5. Kacau hingga cukup kental, tuang dalam acuan.
.
KUIH KACAU LABU
BAHAN-BAHAN:
- 350 gram gula pasir
- 400 ml santan
- 500 ml air
- 50 gram tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
- 1.5kg labu
- 5 biji telur | dipukul kembang
- 2 helai daun pandan
- Garam
CARA MEMASAK:
1.Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat.
2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam.
3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka.
4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan hawa.
.
WAJIK SIRAT
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm beras pulut | goreng tanpa minyak, sejukkan & kisar
- 600 ml santan
- 500 gm gula merah
CARA MEMASAK:
1. Masakkan santan sehingga pecah minyak, masukkan gula. Kacau perlahan-lahan dan biarkan sehingga gula hancur.
2. Biarkan sehingga pekat, kemudian masukkan pulut.
3. Kacau hingga tekstur adunan kental.
.
WAJIK DURIAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras pulut |rendam
- 2 cawan santan pekat
- 2 helai daun pandan
- 10 ulas durian | isi sahaja
- Sedikit kapur
- Daun pisang
- 500 gm gula melaka
- 300 gm gula pasir
- 2 cawan air
- 1 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1. Beras dikukus, setelah masak, angkat dan gaul dengan sedikit santan cair yang dibancuh dengan sedikit garam.
2. Masak gula melaka dan gula pasir dengan dua cawan air. Setelah larut dan mendidih, hendaklah di tapis.
3. Masak semula gula yang ditapis tadi, masukkan daun pandan, secubit garam dan isi durian.
4. Apabila mendidih masukkan santan pekat dan biarkan merenih dalam setengah jam menggunakan api yang kecil.
5. Setelah gula pekat berkilat dan bertali, masukkan pulut yang dikukus tadi.
6. Masukkan kapur yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau dalam 30 minit atau sehingga agak kering.
7. Apabila kering dan tak melekat di sudip, keluarkan daun pandan tadi. Tuang ke dalam loyang yang telah di alas dengan daun pisang.
8. Setelah sejuk wajik sedia dihidangkan.
.
BUAH TANJUNG
- 10 biji kuning telur
- 1 kg gula pasir
- 500ml air
- 250gm tepung pulut
- 100gm tepung beras
- 2 helai daun pandan
- 5 kuntum bunga cengkih
- 1 sudu teh pewarna oren | jika suka
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung pulut dan tepung beras. Kemudian, sangai tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan ketepikan.
- Masak gula bersama air hingga mendidih, masukkan daun pandan dan bunga cengkih dan biarkan separuh pekat. Keluarkan daun pandan
- Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan ke dalam tepung yang disangai sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut. Cubit adunan menggunakan 3 hujung jari dan bentukkan seperti buah tanjung.
- Kemudian masukkan ke dalam air gula sehingga meresap barulah diangkat.
.
KUIH TAHI ITIK
- 10 biji putih telur
- 500ml santan
- 400gm gula pasir
- 100gm tepung pulut
- 150gm tepung beras
- Sehelai daun pandan | siat-siat
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
- Biarkan sejuk.
- Setelah sejuk, bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.
- Kuih Tahi Itik sedia dihidangkan.
.
KUIH BUNGA TONJET:
BAHAN-BAHAN:
- 15 biji telur gred A | ambil kuning sahaja
- 1 kg gula
- Daun padan | carik dan simpul
- 5 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula bersama daun padan dalam air hingga pekat. Angkat dan tapis.
2. Pukul kuning telur hingga kembang, kemudian titikkan telur dalam air gula panas yang masih di atas api.
3. Jika telur itu tidak boleh dibentuk, Kacau atau pukul lagi.
4. Kemudian ambil sesudu teh adunan telur tadi dan tuangkan perlahan ke dalam air gula yang mendidih. Ia akan berbentuk bulat.
5. Ulang proses yang sama hingga adunan telur habis.
6. Biarkan ia masak seketika di dalam air gula sebelum diangkat.
7. Jika air gula menjadi terlalu pekat tambah air panas.