Jika menonton tv, memang sedap jika ada kudap-kudapan seperti Kacang Goreng Crispy ni. Mudah sahaja kalau nak hasilkannya. Hanya menggunakan tiga bahan mudah, snek ringan ini boleh anda hasilkan dengan kos yang sangat murah. Tak perlu beli lagi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zita Samat ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT KACANG GORENG CRISPY SPICY GUNA 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Gaul kacang yang telah dikeringkan dengan telur sehingga rata.
2. Kemudian masukkan tepung gorengan serbaguna sedikit demi sedikit. Gaul rata dan pastikan kacang disalut dengan sempurna.
3. Panaskan minyak masak dengan banyak di dalam kuali. Masukkan kacang dan goreng guna api sederhana hingga masak sekata dan tidak hangus.
4. Angkat kacang dan toskan minyaknya. Biarkan kacang sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
NOTA: Jika suka rasa kacang goreng yang sedikit manis, boleh tambah sedikit gula. Empunya resipi tidak letak gula atau garam kerana tepung memang sedia masin dan enak.
Kredit resipi & foto: Zita Samat
Tengah cari PEMANGGANG ELEKTRIK yang berkualiti dan kena dengan bajet? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi panggang yang mudah dan pasti jadi, boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official