
Sedap giler!! Dahla mudah membuatnya hanya menggunakan tiga bahan saja. 15 minit je siap boleh telan terus. Siapa yang diet tidak digalakkan makan kacang ni, nanti makan tak berhenti.

3 bahan utama :
Kacang tanah ( basuh dan keringkan dulu )
1 biji telur
Tepung bestari pedas

Cara membuat:

1.Gaulkan kacang dengan telur hingga rata.

2.Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata.
3.Panaskan minyak.

4.Goreng dalam minyak panas , api sederhana.Rajin-rajin kacau supaya masak sekata dan tak hangus.

5.Angkat dan toskan minyak.
6.Wajib biarkan sejuk dulu dan tos minyak supaya rangup.
7.Dah sejuk baru makan dan simpan dalam bekas kedap udara.
*boleh tambah sedikit gula kalau nak rasa manis-manis. Saya memang tak letak sebab nak makan masin-masin pedas.Tepung ni dah masin, jangan tambah garam.
Sumber : zita samat
Resipi Kerepek & Kudapan Ringan Popular & Wajib Ada Di Hari Raya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Rojak Ayam Terengganu. Sedap, Mudah, Memang Berbaloi Cuba

Sedapnya dapat makan Rojak Ayam yang dibuat sendiri. Boleh tambah sesuka hati bahan-bahan yang ingin kita masukkan. Resipi Rojak Ayam Terengganu yang dikongsi oleh saudara Muliadi Ramli ini, mudah je nak buat dan sesuai dinikmati bersama keluarga.
RESIPI ROJAK AYAM TERENGGANU YANG SANGAT SEDAP & MUDAH
BAHAN AYAM GORENG KUNYIT:
½ ekor ayam | dipotong 2
Serbuk cili – beli online di sini
Kunyit
Garam & perasa
*Ayam digaulkan dengan kunyit, serbuk cili, garam dan perasa. Kemudian digoreng garing. Bila dah siap digoreng, boleh dipotong kecil-kecil. Ketepikan.
BAHAN KUAH ROJAK:
300gm kacang tanah – beli online di sini
*disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak. Asingkan kacang dari selaput kulitnya. Kemudian dikisar tapi jangan terlalu hancur.
BAHAN KISAR HALUS:
2 biji bawang besar
6 biji bawang merah – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
½ inci halia
½ lengkuas
2 sudu besar udang kering -beli online di sini
1 biji buah keras – beli online di sini
1 batang serai
2 senduk cili kering | dibuang biji & rebus – beli online di sini
1 keping nise – beli online disini
1 mangkuk air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Perasa
1 batang serai | diketuk
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Masukkan serai. Bila naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak
2. Kemudian masukkan bahan kisar halus, tumis lagi sampai pecah minyak.
3. Bila kuah sudah cantik warna merah, masukkan kacang tanah yang dikisar tadi. Kacau rata.

4. Masukkan nise, air asam jawa dan tambahkan dua cawan air. Renehkan dengan api kecil hingga kuah nampak pekat.
5. Masukkan garam, gula dan bahan perasa. Kacau-kacau sekejap. Tutup api. Siap.

BAHAN CUCUR ROJAK:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
Daun kucai
Daun bawang & daun sup
Tauge
Garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1. Kesemua bahan disatukan. Masukkan air, gaul rata. Ketepikan untuk 30 minit. Kemudian boleh digoreng garing dan ranggup. Bila cucur siap digoreng, bolehlah digunting kecil-kecil. Siap.
BAHAN SAYUR ROJAK:
Tauge | dicelur
Timun | dipotong panjang
Sengkuang | dipotong panjang
Salad
Cili besar merah & hijau
BAHAN LAIN:
1 bungkus mee kuning (dicelur sebelum dihidang)
5 biji telur rebus (kalau suka, telur boleh digoreng selepas direbus)
Tauhu (disapu garam, kunyit kemudian digoreng dan dipotong ketika dihidangkan)
2 biji kentang (direbus dan dipotong ketika hendak dihidangkan)

Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Masak Oden Yang Mudah & Sedap Secara Homemade.

Oden merupakan sejenis makanan musim sejuk bagi masyarakat Jepun yang terdiri dari bahan-bahan seperti telur rebus, lobak putih, kek ikan dan sebagainya yang dimasak di dalam sup. Kiranya lebih kurang macam yong tau fu lah tapi lebih berkuah. Hidangan Oden ni mula popular di Malaysia sejak diperkenalkan di Family Mart hinggakan ramai sanggup beratur panjang demi menikmati semangkuk Oden ni. Bagi yang nak cuba sangat tapi tak larat nak beratur, ni ha..resipi Oden homemade perkongsian saudari Ain Aziz ni boleh dicuba.
RESIPI ODEN HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
- 2 paket kecil perencah pes asam pedas
- 4 sudu makan perencah Tomyam
- Sedikit serbuk perasa
- Air secukupnya
- Bahan-bahan Oden (fish tofu, seafood tofu, dan sebagainya.)
CARA MEMASAK:
- Panaskan perencah pes asam pedas dalam periuk dan kemudian masukkan air.
- Seterusnya masukkan pes tomyam. Jumlah boleh diubah suai ikut citarasa masing-masing.
- Tambah sedikit perasa jika perlu.
- Cucuk bahan-bahan oden menggunakan lidi sate dan masukkan ke dalam periuk berisi kuah tadi.
- Biarkan kuah mendidih dan bahan-bahan oden tadi masak.
- Sedia untuk dinikmati.

INFO:
- Jika nak kuah oden yang cair dan tak terlalu pedas, guna 1 paket sahaja perencah asam pedas.
- Elakkan letak garam kerana perencah sudah memberikan rasa.
- Sebelum letak perasa, rasa dulu kuah dan tambah jika perlu sahaja.
Kredit resipi & foto: IG @cookby_ain / FB Ain Aziz
Jom Buat Tumis Laksa Terengganu, Sedap Makan Panas-Panas

Tumis laksa atau mee calong ini antara hidangan yang paling popular di Terengganu.
Hidangan tumis laksa ini boleh dimakan dengan nasi panas-panas atau makan begitu sahaja.
Resipi yang dikongsikan Muliadi Ramli ini, amat senang untuk disediakan. Jom kita masak!
TUMIS LAKSA TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:
1kg ikan Selayang
2 sudu besar tepung ubi – beli online di sini
½ bungkus bihun (saya guna cap burung mas)
1 sudu besar kicap pekat (untuk gelapkan kuah sikit)
2 sudu besar kicap Golden Mountain (optional)
2 sudu besar sos cili – beli online di sini
Garam & gula secukupnya
1 kiub pati ayam
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN TUMIS:
½ biji bawang holland (kuah rasa lebih manis jika guna bawang holland) – beli online di sini
3 biji bawang putih | mayang – beli online di sini
½ inci halia | dimayang
2 sudu besar lada hitam | ditumbuk halus

BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
5 biji cili padi (buat yang suka pedas) – beli online di sini
*kisar halus, supaya kuah kita lebih pekat dan berperisa
BAHAN SAYUR:
Sawi
Lobak merah
Bunga kobis/ketiak jagung
Cendawan
Cili besar merah/hijau
*kuantiti ikut suka masing-masing
CARA MEMASAK:
1. Ikan Selayang dibuang kulit dan tulang diambil isinya sahaja. Kemudian isi ikan ditumbuk.


2. Bila agak lumat, masukkan sedikit garam, perasa dan tepung ubi serta dibentuk menjadi bulat-bulat.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

3. Panaskan periuk dengan minyak masak.
4. Kemudian masukkan bahan tumis. Tumis sampai bawang garing dan naik baunya.
5. Masukkan bahan kisar. Tumis lagi sampai agak kering dan wangi baunya.

6. Kemudian masukkan 4 cawan air. Tunggu air mendidih. Masukkan kiub ayam, sos dan kicap.
7. Masukkan bebola ikan tadi. Bila bebola ikan timbul, menunjukkan ia sudah masak.

8. Boleh masukkan bihun dan masukkan sayur-sayur. Akhir sekali masukkan garam, gula dan perasa.
9. Bagi mendidih sekejap, kemudian tutup api. Siap.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
10 Resipi Mudah Ikan Masin & Bilis, Sedap Buat Lauk Tengahari
Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:



