Selalu kacang kuda hanya dimakan rebus, kali ini Zana Mokhtar berkongsi resipi buat kacang kuda goreng bersira. Nampak sedap, kena cuba!

 

Serius memang mabelesss sangat. Sampai berbalang balang tak cukup. Berhantu sangat tak sedarrr asyik mengunyah je..

 

Resipi Kacang Kuda Bersira… Pasti Kamu Asyik Mengunyah!

KACANG KUDA BERSIRA

Bahan A:

  • Kacang Kuda rendam semalaman.
  • Tepung bestari.

Bahan B (kisar):

  • cili kering
  • bawang putih
  • serbuk kunyit

Bahan C:

  • serbuk jintan manis
  • serbuk jintan putih
  • serbuk ketumbar
  • serbuk kari
  • garam
  • gula

Cara cara:

IKLAN
  1. Kacang kuda tu toskan air dia dan salutkan dengan tepung bestari tu ye. Lepas tu gorengkan dan letak tepi dulu hokey.
  2. Tumiskan bahan B sampai wangi. Lepas tu baru masukkan bahan C.
  3. Biarkan masak sampai wangi, garing dan kering. Baru masukkan kacang kuda yang dah goreng tadi.
  4. Gaulkan bagi rata dan biarkan seketika betul betul kering ye.
  5. Angkat dan sejukkan dulu. Lepas tu baru masuk dekat balang ye.

Selamat mencuba..

Kongsi resipi: Zana Mokhtar

IKLAN

Resipi Kacang Kuda Bersira… Pasti Kamu Asyik Mengunyah!

Maklumat Pemakanan Untuk Kacang Kuda

Umum tahu khasiat kacang kuda memang banyak untuk kesihatan kita. Berikut  maklumat pemakanan untuk kacang kuda.

IKLAN

Secawan kacang kuda yang telah dimasak mengandungi

  • 269 kalori
  • 45 gram karbohidrat
  • 15 gram protein
  • 13 gram serat
  • 4 gram lemak
  • 0 gram kolesterol

Selain itu, seperti yang dinyatakan di atas, kacang kuda mengadungi vitamin K, folat, fosforus,zink, manganese, choline dan selenium.

Khasiat kacang kuda kepada kesihatan memang banyak. Akan tetapi anda haruslah tidak mengambilnya secara berlebihan untuk mengelak kesan sampingan kepada kesihatan. Pelbagai resepi terdapat di internet yang boleh anda amalkan bagi dimasukkan dalam diet anda. Sekiranya anda mempunyai alahan pada kekacang, anda haruslah berjumpa denga doktor anda untuk rujukan supaya tiada perkara buruk berlaku.

Sumber: Kusihat.com

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI