Sedapnya Kacang Masin Goreng Crispy ni. Sesuai dijadikan kudap-kudap waktu menonton tv. Mudah sahaja resipinya dan anda boleh hasilkan sendiri di rumah secara homemade. Makan pula ramai-ramai, memang ralit. Sekejap je habis satu balang.
Andai beli Kacang Goreng yang sedia dimakan, kadang kala terlebih masin. Malah harganya juga boleh tahan. Tak puas makan dah habis. Buat sendiri ni, sekali masak dapat banyak. Jom cuba resipi perkongsian saudari E-cah Katman ni. Pasti anda sukakannya.
CARA MEMBUAT KACANG MASIN GORENG CRISPY
BAHAN-BAHAN:
Kacang tanah besar – beli online disini
Bawang putih – hiris
Halia – hiris
Serbuk nasi goreng – beli online disini
Air secukupnya
Garam dan serbuk cukup rasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, garam dan cukup rasa secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Ads
2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk.
3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.
4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul rata.
5. Sedia untuk dinikmati.
INFO RASA: Jika tak nak guna serbuk nasi goreng, boleh juga guna garam halus biasa.
Kalau di Malaysia sebut sahaja ‘burger special’ akan teringat stall kecil yang banyak berniaga di tepi-tepi jalan di kawasan rumah dan mesti kita ada stall kegemaran. Mesti antara kita pernah memesan burger special daging atau ayam iaitu burger yang dibalut dengan telur.
“Bang saya nak burger daging…special ye”
“Ok! siap… satu burger daging special”
Tahukah anda? ‘burger special’ Malaysia sudah viral dan menjadi kegilaan penduduk New York. Burger yang hanya dijual tepi jalan sama seperti di Malaysia sudah menjadi sensasi kerana mereka sanggup beratur panjang untuk merasa sendiri kesedapannya. Hasil perkongsian INSIDER food menjadi viral di faceboon mendapat 31 000 likes setakat artikel ini ditulis.
https://instagram.com/p/BaWNNOzFCmC/
https://instagram.com/p/BXG2HSaFe-W/
Ini adalah usaha The Malaysian Project dalam mempromosi makanan ala Malaysia di New York. Burger special yang dijual menggunakan daging buatan sendiri dengan ramuan istimewa tapi mengekalkan ciri istimewa malaysia. Mungkin ia adalah perkara baru bagi orang di sana makan burger yang berbungkus dengan telur. Selain itu ada pelbagai hidangan lain yang turut dijual. Untuk pengetahuan semua makanan yang dijual The Malaysian Project tidak halal bagi yang beragama islam. Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia memang berbanga atas pencapaian mereka dalam mempromosi makanan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Bawang goreng memang sedap jika ditabur dalam masakan seperti sup, bubur dan sebagainya. Ia dianggap sebagai penambah rasa dan aroma. Kadangkala bawang goreng yang dibeli di kedai tidak menepati cita rasa kita. Jadi, lebih baik buat sendiri di rumah. Resipi ini dikongsi oleh Mariana Zainal. Bolehlah kita buat sendiri di rumah.
Bawang Goreng Homemade by Mariana Zainal
BAHAN-BAHAN:
10 – 15 biji bawang kecil (bawang bombay)
1 sudu besar tepung beras cap teratai
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Kesabaran yang tinggi
CARA PENYEDIAAN:
Buang kulit bawang. Basuh dan toskan hingga tiada air. Hiris bawang bombay.
Taburkan tepung beras dan garam. Gaul-gaul manja.
Panaskan minyak. Minyak kena banyak ya.
Apabila minyak dah panas, masukkan bawang. Biarkan sekejap. Sesekali kacau guna sudip.
Apabila bawang dan mula berubah warna, perlahankan api dan kacau. Jangan tinggal ya.
Dah mula perang, terus angkat.
Bawang memang nampak belum garing macam basah-basah tetapi apabila dah angkat dan toskan nanti, bawang tu elok garing.
Suka makan Salad Buah? Jika ya, resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni antara yang anda boleh cuba. Menggunakan campuran buah-buahansegar dan dinikmati bersama sos enak. Hmm…Tengok gambar je pun dah terliur. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
SALAD BUAH PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji buah tembikai susu ( honeydew)
1/2 biji buah tembikai
200gm buah mata kucing @ longan
1 biji buah nanas
1 biji buah naga
200gm buah anggur
160gm susu pekat manis
160gm yogurt Greek
160gm mayones
200gm keju cheddar
CARA MEMASAK:
Potong buah-buahan berbentuk dadu kecil. Buah anggur dibelah dua dan buah mata kucing dibuang bijinya. Campurkan kesemua buah dan gaul rata.
Dalam bekas berasingan, campur susu pekat manis, yogurt dan mayonis. Kacau sebati.
Tuang sos tadi ke atas campuran buah.
Seterusnya, parut keju cheddar di atas buah dengan secukupnya.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira