Resipi Kacang Pedas Bilis Sedap. Mudah, Makan Pun Tak Jemu

Share

Kacang Pedas Bilis memang sedap dijadikan kudapan. Malah ada juga yang menikmatinya dengan nasi, roti, lempeng dan sebagainya. Kombinasi rasa pedas, manis dan masin membuatkan kudapan ini digemari ramai. Ada yang pernah cuba buat tapi tak menjadi? Kacang dan bilis jadi lemau dan tak rangup. Hurm…Jangan kecewa, saudari Faizah Md Zain ada kongsikan resipi Kacang Pedas Bilis cara beliau. Mana tahu menjadi elok kali ni kan? Jom cuba.

 

CARA MASAK KACANG PEDAS BILIS SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1kg kacang tanah beli online disini
Ikan bilis (anggaram RM5) beli online disini
3 senduk lada mesin / cili giling (ikut selera nak pilih jenis pedas atau tidak) beli online disini
10 ulas bawang putih kisar beli online disini
Minyak masak secukupnya
Gula secukupnya
Garam secukupnya
2 sudu makan gula merah beli online disini
3 biji gula batu beli online disini
1/2 cawan air

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng kacang tanah guna api yang perlahan. Proses menggoreng ini akan ambil masa.
2. Bila kelihatan hampir garing, angkat dan toskan minyaknya.
3. Goreng pula ikan bilis sampai garing dan toskan minyaknya.


4. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan dalam sesenduk sahaja dalam kuali.
5. Tumis bawang putih tadi sampai sedikit kekuningan.
6. Masukkan lada mesin @ cili giling, gula, garam, gula merah, gula batu dan air. Masak guna api perlahan sampai likat dan pekat sambil tambah perasa yang tidak cukup.

7. Bila sudah cukup semua rasa, tutup api dan biarkan sejuk.
8. Bila sambal sudah betul-betul sejuk, barulah gaulkan dengan kacang dan juga bilis hingga rata.


9. Masukan dalam tapis untuk toskan minyak dan simpan Kacang Pedas Bilis dalam bekas bertutup. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Faizah Md Zain

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur