Kacang Goreng homemade ni memang sangat mudah nak buat. Malah kudap-kudap sedap ni tak guna banyak bahan.  Kalau nikmati sambil tonton TV, memang ralit. Sekejap je dah habis satu balang. Kos nya pun tak mahal. Jom cuba resipi perkongsian saudari E-cah Katman ni. Anak-anak dan suami pasti suka.

 

KACANG TANAH GORENG 

BAHAN-BAHAN:

  • Kacang tanah besar
  • Bawang putih – hiris
  • Halia – hiris
  • Serbuk nasi goreng
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk cukup rasa secukupnya

Resipi Kacang Goreng Homemade Sedap Untuk Kudap-Kudap.

CARA MEMASAK:

Ads

1. Masukkan air, garam dan cukup rasa secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

Resipi Kacang Goreng Homemade Sedap Untuk Kudap-Kudap.

2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk.

3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.

Resipi Kacang Goreng Homemade Sedap Untuk Kudap-Kudap.

4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul rata.

Resipi Kacang Goreng Homemade Sedap Untuk Kudap-Kudap.

5. Sedia untuk dinikmati.

INFO RASA: Jika tak nak guna serbuk nasi goreng, boleh juga guna garam halus biasa.

 

Ads

Kredit resipi & foto: E-cah Katman

 

Tercari-cari MICROWAVE baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.

Ads

Ayam Masak Merah Ala-Ala Kenduri Kahwin

Lima Sajian Korea Popular, Pedas Berempah Sedap Sangat Nih.

Durian Crepe Homemade Gebu


Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI