Kanom Piak Poon atau Puding Pandan Thai ini antara yang menjadi kegemaran jika anda gemar bercuti ke negara Thailand. Memang sedap dan menyegarkan bila makan sejuk-sejuk. Melalui perkongsian Shahmila Radha, wanita ini ‘menurunkan’ resipi sajian pencuci mulut, Kanom Piak Poon yang dipelajarinya dari ‘maid’ Thai.
Memang sedap. Simple sangat, rasa lemak manis kuah santan dan puding, lembut, cair dalam mulut! Simpan dalam peti sejuk dalam satu jam sebelum berbuka lagi best!
RESIPI KANOM PIAK POON (PUDING PANDAN THAI)
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PUDING:
2 sudu kapur masakan (campur dengan 1 gelas besar air. Ketepikan) (ambil 1 1/2cawan air kapur yang jernih sahaja)
1. Tapis tepung, satukan semua bahan supaya tidak berketul.
2. Buka api paling kecil, kacau sampai puding jadi jernih. Perlu sentiassa kacau seperti dodol dan tidak boleh tinggal walaupun sekejap.
3. Paling cepat boleh siap setengah jam. Mesti pastikan puding itu betul-betul jernih barulah masak.
4. Apabila sudah masak, bolehlah ketepikan agar suam. Bila sudah suam, boleh scoop masukkan dalam mangkuk puding dan letak dalam peti sejuk.
BAHAN KUAH SANTAN:
2 kotak santan kotak (saiz kecil) 1 sudu kecil tepung jagung(bancuh dengan 1 cawan air ) 1 sudu besat gula pasir putih 1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Panaskan santan, kemudian masukkan air tepung jagung, gula dan garam. Bila sudah likat, tutup api dan sejukkan dalam peti sejuk.
2. Kelapa parut pula gaul dengan sedikit garam untuk rasa lemak.
CARA HIDANG:
Ketika hendak dihidangkan, tuang kuah santan. Letak satu sudu kelapa parut tadi dan tabur biji bijan. Kalau nak cantik, puding perlu kurangkan air sikit. Apabila sudah suam boleh guna piping icing dan piping atas talam. Tapi ia akan keras sikit tidak cair masuk mulut. Ada yang suka puding ini lembut cuma apabila puding lembut, memang tidak boleh hendak dibentuk.
Kek batik sentiasa digemari orang ramai kerana ia sangat mudah dan lazat! Penggemar kek batik wajib mencuba resipi-resipi kek batik lain dari yang lain ni..Selamat mencuba!
RESIPI KEK BATIK CHEESE
BAHAN-BAHAN (KEK BATIK)
Sebungkus biskut marrie (patah-patahkan)
250g mentega
200g Milo
3 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan susu pekat (boleh tambah sukatan jika mahu manis)
1/4 cawan susu cair
2 biji telur
BAHAN-BAHAN (TOPPING CHEESE)
250g cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1/4 cawan susu cair
Sedikit perahan lemon
CARA PENYEDIAAN
Panaskan periuk/kuali. Masukkan mentega dan cairkan.
Setelah mentega cair, masukkan serbuk koko, milo, 1/2 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan telur. Gaul sebati. Kecilkan api ketika menggaul supaya tidak-tidak berketul.
Bila dah mendidih, tutup api. Masukkan kepingan biskut marrie dan gaul rata.
Sediakan loyang, ratakan sedikit butter pada permukaan loyang. Masukkan adunan tadi kedalam loyang.
Padatkan-padatkan adunan di dalam loyang. Biarkan ia sejuk sementara kita sediakan topping cheese pula.
Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese bersama 1/4 cawan susu pekat, 1/4 cawan susu cair dan sedikit perahan lemon. Pukul sehingga kembang.
Kemudian, tuang dan ratakan atas kek batik tadi.
Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam.
Susu pekat setengah cawan (jika suka manis lebihkan, jika tak suka manis kurangkan susu pekat. Ikut cita rasa sendiri)
Serbuk coklat 5 sudu besar & 3 sudu besar serbuk milo
Nestum untuk tabur atas kek
CARA PENYEDIAAN
Panaskan mentega dalam periuk. Masukkan susu cair, telur, esen vanila dan susu pekat, serbuk coklat & milo. Seeloknya bancuh dulu serbuk koko & milo dengan sedikit air.
Kacau-kacau dalam 2 minit atau tunggu panas sedikit, masukkan biskut marrie. Gaul bagi rata. Kalau suka biskut tu lembik-lembik, biarkan lama sedikit.
Sediakan aluminium foil atau kertas putih yang buat kek dalam bekas atau loyang. Masukkan kek dalam bekas. Tekan-tekan kek batik supaya jadi rata pakai plastik atau sarung tangan.
Letakkan cream cheese atas kek dan taburkan nestum. Lagi banyak nestum lagi sedap.
Masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 5 jam kemudian baru potong. Makan sejuk-sejuk sedap!
Macam-macam makanan boleh dibuat dari ubi kayu, selain boleh dijadikan ubi rebus dan dibuat kerepek, ubi juga boleh dibuat kuih dengan pelbagai cita rasa. Dengan rasa sedikit kenyal menjadikannya sungguh sedap dan mengenyangkan. Tidak hairanlah orang zaman dulu menjadikan ubi kayu sebagai ganti nasi. Bagaimana pun untuk hari ini RASA ingin kongsikan dua menu kuih yang dibuat dari ubi kayu yang sangat sedap.
GETUK UBI KAYU GULA MELAKA BAHAN-BAHAN:
1.4kg ubi kayu | dibuang kulit
300gm gula melaka | parut atau hancurkan
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
BAHAN KELAPA:
1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
CARA MEMASAK:
Ubi kayu dipotong kecil dan buang urat tengahnya.
Kemudian kukus bersama daun pandan lebih kurang 20 minit. Angkat dan ketepikan.
Gaulkan dengan gula melaka dan garam kemudian kisar menggunakan, pengisar makanan.
Keluarkan dari pengisar dan gunakan acuan kuih bulan, bentuk getuk mengikut acuan, Buat hingga habis.
Sementara itu gaulkan kelapa parut dengan kelapa parut.
Susun getul dalam pinggan dan hias atasnya dengan taburan kelapa parut.
Rendang daging hitam atau daging masak hitam selalunya akan menggunakan kicap. Malah rasa kicap ini juga menjadi penyedapnya.Tapi resipi rendang yang dikongsi oleh Khairul...