Andai di rumah anda ada roti yang hampir tarikh luput, boleh cuba hasilkan manisan ini. Roti menjadikan karamel lebih padu dan mengenyangkan. Tak membazir!
- 4 keping roti gardenia | dicarik
- 7 biji telur
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin air
- 120gm gula pasir
- 1 sudu teh esen pisang
- Sedikit pewarna oren
- Kisarkan roti bersama telur, susu cair, air, gula pasir, esen pisang dan juga pewarna oren hingga sebati. Ketepikan.
- Cairkan gula pasir hingga bertukar warna perang kemudian tuangkan ke dalam loyang.
- Tuangkan bahan kisar dan kukus selama 40 minit.
- Sedia dinikmati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lempeng Inti Terengganu. Resipi Mudah & Masak Guna Kuali Je
Lempeng Inti @ Sambal Ikan. Sajian istimewa dari Terengganu yang yang makin sukar didapati. Ia adalah salah satu dari kuih tradisional lama yang sangat sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Teringin nak cuba? Saudara Muliadi Ramli ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESEPI LEMPENG INTI. KUIH TRADISIONAL TERENGGANU
BAHAN A (UNTUK KULIT):
350gm tepung gandum – beli online disini
1 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
1 sudu makan marjerin – beli online disini
1 biji telur
Secubit garam
1 cawan air
2 sudu makan minyak masak – diguna untuk canai doh
CARA MEMASAK:
1.Dalam bekas yang bersesuaian, campur semua bahan diatas kecuali air dan minyak masak. Gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli doh hingga tidak melekat d ijari.
3. Rehatkan doh selamat 20 minit. Kemudian uli doh untuk kali kedua sampai tekstur doh menjadi licin.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan bulat.
5. Sapukan doh dengan minyak atau marjerin. Rehatkan doh selama 30 minit.
BAHAN B (INTI IKAN)
6 ekor ikan selayang – direbus dan ditumbuk
1/2 kotak kecil santan – beli online disini
3 biji bawang merah – dimayang
1/2 inci halia – dimayang nipis
6 biji cili padi
1/2 biji bawang besar – beli online disini
1/2 cawan air
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti, masukkan santan ke dalam air bersama air. Kacau sebati.
2. Kemudian masukkan ikan, bawang merah dan halia. Masak hingga kering atau lembap.
3. Masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
4. Masukkan juga cili yang dipotong nipis dan bawang besar. Masak sekejap dan tutup api.
5. Ambil doh tadi dan canai hingga nipis.
6. Letakkan inti dengan secukupnya dan lipat doh.
7. Panaskan kuali leper dengan api yang kecil. Letak sedikit minyak.
8. Goreng Lempeng Inti hingga kulitnya masak dan nampak keperangan.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Bakar 3 Bahan Paling Mudah & Sedap Untuk BBQ Dengan Keluarga
Resipi Mi Goreng Basah Paling Sedap. Cuba Resipi Ni Confirm Laris!
Resipi Kuih Lepat Liat Sedap & Mudah Buat Untuk Minum Petang
Sedap & Tak Kering. Ini Resipi Puding Roti Bakar Sos Kastad Yang Sangat Best.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Puding Susu Kacang Merah Yang Lembut Dan Lemak-lemak Manis
Selalunya kita makan aiskrim kacang merah bukan? Kali ini kita makan Puding Susu Kacang Merah. Nak buat pun senang dan tak perlu banyak bahan. Rasa lemak-lemak manis menjadikan Puding Susu Kacang Merah enak dinikmati ketika sejuk. Boleh simpan di dalam peti sejuk sementara tunggu anak-anak balik sekolah. Makan ketika cuaca panas, alahai nikmatnya. Nah ini resipi Puding Susu Kacang Merah seperti yang dikongsikan oleh Zura Zul
PUDING SUSU KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
20g agar-agar tali – BELI ONLINE
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin kacang merah
1 tin susu cair – BELI ONLINE
1 sudu besar tepung kastard – bancuh dengan sedikit air – BELI ONLINE
1 – 2 sudu besar susu pekat manis – BELI ONLINE
Pewarna merah/maroon
Secubit garam
CARA MEMBUAT:
1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur agar-agar. Masukkan gula. Kacau lagi.
2. Tinggalkan 1/2 cawan susu cair, selebihnya tuang dalam periuk agar-agar tadi.
3. Masuk susu pekat dan tepung kastard, kemudian secubit garam. Kacau lagi.
4. Kacang merah dalam tin asingkan dulu. 1/2 cawan untuk dikisar dengan 1/2 cawan susu cair tadi.
5. Lebihan kacang merah tadi boleh masuk dalam loyang 8 x 8 /acuan (untuk bahagian ini kacang merah, buang air dalam tin. Jirus dengan air. Tuang terus kacang merah dalam loyang pun boleh sahaja. Tiada masalah. Ikut suka hati masing-masing.
6. Tuang separuh agar-agar tadi. Biarkan sederhana beku.
7. Baki lebihan agar-agar tadi campur dengan bahan kisar. Kalau rasa kurang manis, boleh tambah gula/susu, sambil masuk pewarna merah/maroon. Kacau lagi dan biarkan masak seketika.
8. Tuangkan perlahan-lahan agar-agar susu tadi sampai habis. Biarkan beku dan sejuk.
9. Simpan dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam. Selepas itu, bolehlah dipotong. Sedia untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Zura Zul
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Anak Puji Sedap Macam Cadbury. Resipi Aiskrim Coklat Ni Memang Best
Resipi Kek Oren Klasik Yang Lembut Dan Gebu, Tiada Oven Boleh Bakar Guna Air Fryer
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Sajian Dari Kurma, Sedap Berkhasiat
Bila bercerita pasal kurma, memang baik sangat dijadikan rutin amalan seharian. Buah kurma yang banyak khasiat dan kebaikan ini dihidang untuk raya memang terbaiklah serta berkhasiat pulak.
Apa yang pasti bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, kurma makanan tinggi serat ini sangat sesuai dan berkhasiat.
Kandungan nutrien makanan ini yang tinggi menjadikan ia makanan yang sewajarnya wajib anda makan untuk menjaga kesihatan. Kurma juga sedap dijadikan sajian pencuci mulut yang hebat.
1.BROWNIES COKLAT KURMA
BAHAN-BAHAN :
- 128 gm mentega lembut
- 70 gm coklat gelap
- 100 gm telur
- 100 gm gula halus/castor
- 50 gm tepung kek
- 20 gm serbuk koko
- 50 gm walnut/dicincang halus
- 50 gm kurma / keluarkan isi dicincang halus
CARA MEMBUAT :
1. Cairkan coklat dan mentega menggunakan teknik ‘double boil’, iaitu dengan memanaskan kuali yang berisi air hingga mendidih dan letakkan loyang bulat atau periuk di atasnya.
2. Setelah cair ketepikan, biarkan adunan sejuk sedikit,
3. Sedia kan bekas dan masukkan telur, esen vanilla bersama gula castor. Kacau laju supaya semuanya sebati, masukkan s glukos cecair. Jangan terlebih kacau, tidak perlu menggunakan ‘mixer’.
4. Masukkdan mula tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit serta serbuk koko.
5. Masukkan walnut dan kurma, dan kaup balikkan sekali.
6. Tuangkan ke dalam loyang pembakar, ratakan adunan
7. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar dalam suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah.
8. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 10 potongan
Masa memasak : 45 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Brownies
Keistimewaan : Brownie kaya rasa coklat dan manis kurma serta lemak berkacang.
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Brownies dengan ramuan kurma makanan sunnah yang sesuai sebagai pencuci mulut dan moreh.
Resipi : Hotel Sheraton PJ
2. PENGAT KURMA ,DELIMA & BUAH-BUAHAN SUNNAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji delima /diambil isinya
- 1 biji santan kelapa
- 15 biji kurma /dibuang biji
- 10 biji buah tin kering /dipotong
- 20 biji gajus goreng @ bakar
- 2 helai daun pandan/ disimpul dan diikat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1.Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
2.Masak dengan api yang sederhana.
3.Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Ramuan makanan sunnah yang manis berlemak
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yang lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yang direka chef hotel The Pearl.
Resipi : The Pearl KL