Resipi Karamel Roti Terlajak Mudah, Sedap & Tidak Muak.

Share

Andai di rumah anda ada roti yang hampir tarikh luput, boleh cuba hasilkan manisan ini. Roti menjadikan karamel  lebih padu dan mengenyangkan. Tak membazir!

BAHAN-BAHAN:
  • 4 keping roti gardenia | dicarik
  • 7 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin air
  • 120gm gula pasir
  • 1 sudu teh esen pisang
  • Sedikit pewarna oren
CARA MEMASAK:
  1. Kisarkan roti bersama telur, susu cair, air, gula pasir, esen pisang dan juga pewarna oren hingga sebati. Ketepikan.
  2. Cairkan gula pasir hingga bertukar warna perang kemudian tuangkan ke dalam loyang.
  3. Tuangkan bahan kisar dan kukus selama 40 minit.
  4. Sedia dinikmati.
Published by
Nur