Resipi masakan India tak pernah mengecewakan saya, saya pula memang suka rasa rempah ratus dalam masakan. Resipi Kari Ayam India ni memang wajib cuba kerana tanpa santan tapi masih rasa sedap pikat memikat rasa Kari Ayamnya. Resipi penuh telah di kongsikan oleh Norizan Namnon di Facebook. Saya sangat kagum dengan resipi yang dikongsikan ni, walaupun tanpa santan tekstur dan rasa Kari Ayam India ni masih padu. Jom kita cuba!
Sekali beli terus dapat 3 botol sabun pencuci pinggan?? Wahh memang berbaloi. Boleh dapatkan Sugar Bubble Washing Liquid [Special Set] dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!
KARI AYAM INDIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (digaul sedikit garam dan kunyit)
2 biji bawang besar( di hiris) – BELI DISINI
6 biji bawang putih( di blender) – BELI DISINI
1/2 inci halia( diblender) – BELI DISINI
3 biji tomato( di potong) – BELI DISINI
3 biji kentang (di potong)
2 tangkai daun kari – BELI DISINI
2 biji lada besar hijau dan merah (di belah 2) – BELI DISINI
3 tangkai cili kering (di potong 2) – BELI DISINI
Kayu manis, bunga lawang
2 senduk rempah kari babas – BELI DISINI
CARA PENYEDIAAN:
Tumis kayu manis dan bunga lawang
Masukkan kentang, lada besar hijau, cili kering dan tomato
Masukkan ayam dan kacau sebati
Masukkan rempah kari dan kacau
Masukkan air hingga ayam tenggelam
Letak serbuk perasa dan akhir sekali letak lada besar merah
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Norizan Namnon
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA: