Makan

Resipi Kari Ayam Pedas Sedap Tanpa Santan, Kuah Pekat Padu

Share

Resipi kari ayam memang ada banyak versi. Tapi yang ini kari ayam tanpa santan. Lebih kurang macam kari mamak.

Agar lagi ‘kick’ kari ini dibuat pedas supaya kena dengan citarasa kita. Bagi yang nak cuba ini resipinya.

Resipi kari ayam pedas tanpa santan

Bahan-bahan

Ayam -dipotong
Daun kari
Rempah 3 sekawan -kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
2 paket kecil serbuk kari ayam/daging Babas
Serbuk cili (mengikut citarasa)
4 sudu kecil gula merah
½ sudu kecil gula pasir
Garam secukup rasa
2/3 biji kentang -dipotong
1-2 biji cili besar -jika suka
1 biji tomato -jika suka

Bahan kisar

1½ biji bawang besar
1 ½ inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang serai
12 tangkai cili kering -dibuang biji

Cara memasak

1. Panaskan minyak kemudian tumis rempah 3 sekawan bersama daun kari hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.

3. Masukkan serbuk kari, serbuk cili serta sedikit air. Masak lagi sehingga tumisan tersebut pecah minyak.

4. Masukkan ayam dan sedikit air. Masak sehingga ayam empuk.

5. Seterusnya masukkan gula merah, diikuti kentang. Masak hingga kentang empuk.

6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Ketika ini boleh masukkan cili besar dan tomato jika suka. Masak hingga gulai pecah minyak. Tutup api dan boleh dihidangkan.

TIP : Pastikan kari ini tak menggunakan banyak air supaya kuahnya pekat. Barulah rasanya sedap.

Kredit resipi & foto: Nursyazwani Mahmud

Baca Lagi: Resipi Kari Ayam Kentang Sedap Tanpa Guna Bawang Kisar

 

Published by
Rose