Resipi kari ayam tanpa santan India Style ini memang sedap lain macam. Boleh cuba cara ini pula ye. Selalu masak kari pakai santan kan? Tapi, rupanya masak tanpa santan pun sedap.
Ikuti resipi daripada puan Norizan Namnon ini ye.
1 ekor ayam (digaul sedikit garam dan kunyit)
2 labu bawang besar (hiris)
6 ulas bawang putih (kisar) – boleh beli online di sini
1/2 inci halia (kisar)
3 biji tomato (potong 4)
3 biji kentang (potong)
2 tangkai daun kari – boleh beli di sini
2 biji lada besar hijau dan merah (belah 2)
3 tangkai cili kering (potong)
Kayu manis – boleh beli online di sini
Bunga cengkih – boleh beli online di sini
Bunga lawang
2 sudu makan rempah kari
Air
Garam – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.
Masukkan kentang, lada besar hijau, cili kering, daun kari dan tomato. Gaul sekata. Masak hingga layu dan ubi kentang empuk sedikit.
Masukkan ayam dan pes bawang putih dan halia. Kacau sebati. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau sebati lagi.
Masukkan air hingga ayam tenggelam. Letak garam, serbuk perasa dan akhir sekali, letak cili besar merah. Kacau lagi dan biar ia mereneh.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official