Kari Ayam memang sedap tetapi ada juga yang kurang gemar sajian yang bersantan. Oleh itu, dikongsikan resipi Kari Ayam tanpa santanperkongsian saudari Zurina Zulkefliyang boleh anda cuba. Biasanya kita dengar Kari Ikan tanpa santan je kan? Ni resipi menggunakan ayam pula. Cukup mudah dan tidak renyah. Sangat berbaloi untuk anda cuba.
CARA MASAK KARI AYAM TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN:
Potongan ayam bahagian bertulang
3-4 ulas bawang putih – tumbuk (beli online DISINI)
Anda peminat ayam bakar Kenny Rogers? Rempah ratus yang diolah dalam ayam menjadikan ia lebih lazat untuk dinikmati. Tidak hairanlah ramai yang menyukainya. Bagi yang ingin cuba membuatnya sendiri boleh buat ikut resepi ini. Mungkin selepas ini tidak perlu lagi menikmatinya di kedai, boleh buat sendiri lebih jimat dan puas hati berganda.
AYAM BAKAR
Bahan-bahan: 2 sudu besar minyak masak 2 sudu gula merah 2 sudu lada hitam(ditumbuk) 2 sudu gula putih 1 botol sos lada hitam 4 ulas bawang putih 3 biji bawang besar Sedikit halia Kiub pati ayam Sedikit garam Sedikit air(untuk blend)
Cara membuat:
1.Blend semua bahan-bahan di atas dan perap ayam selama 2 jam atau lebih.(lagi lama lagi sedap). 2.Bakar pada suhu 180℃ selama 60 minit. 3.Sebelum bakar, saya letak serbuk lada hitam sikit.Kalau suka ubi boleh potong letak sekali.(Suhu ikut oven masing-masing.Setiap oven tak sama)
4.Kuah lebihan perap ayam tadi jangan dibuang.Boleh masak semula dan tuang atas ayam bila ayam sudah masak. Kredit: Zihan Remy
Sedapnya aneka resipi lauk pauk selera kampung ni! Ada yang bercadang nak masak menu istimewa buat keluarga sempena bulan merdeka? Ini antara menu-menu enak selera orang Malaysia yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengah hari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera.
Lauk pauk kampung begini tentunya sangat sedap dan membuka selera. Anda teringin nak makan menu begini? Jom cuba! Pasti berselera menikmatinya.
Sebut saja Ayam Masak Merah, ada macam-macam jenis. Ada yang masak macam sambal cili, ada yang tambah kacang pis dan ada yang tambah kacang tanah kisar. Kali ini RASA ingin kongsikan satu lagi resipi Ayam Masak Merah tapi kali ini versi bersatan dan berkuah. Sangat sedap dan korang tak rugi mencuba. Resipi ini dikongsikan oleh Datin Furyna usahanita jelita dan kecil molek ini, pengasas produk kecantikan dan kesihatan Syarikat AuraWhite Global Sdn Bhd.
AYAM MASAK MERAH BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong sederhana
100gm buah badam | kisar
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 biji cli merah | hiris serong
2 sudu makan puri tomato
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan cili kering kisar
2 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3cm halia
2cm lengkuas
3 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap sekejap dan goreng hingga 3/4 masak.Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
Tambah puri tomato dan sos cili, kacau rata.
Tambah ayam tadi dan gaul rata, kemudian tambah air asam jawa dan santan.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Biarkan mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.