Resipi Kari Daging Mamak Style Macam Lauk Nasi Kandar Penang. Confirm Anda Suka!

Share

Siapa suka makan gulai pasti akan mengakui kari daging utara yang paling sedap. Pengaruh India di negeri-negeri sebelah utara membuatkan mereka banyak menggabungkan rempah dalam masakan. Sebab itulah rasa kari di sana lebih kuat dan paling bagus, ia tahan lama.

Jadi hari ni, admin nak kongsikan resipi kari daging ala mamak. Memandangkan bahan-bahannya agak banyak dan nak buat tu sedikit renyah, admin sarankan anda cuba resipi ini pada hari minggu (jika anda agak sibuk pada hari-hari biasa).

 

KARI DAGING MAMAK STYLE

BAHAN A:

  • 10 ulas bawang putih
  • 3sm halia (dikisar)

 

BAHAN B:

  • 1 labu bawang besar | dihiris
  • 4 tangkai daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang

 

BAHAN C:

  • 2 biji tomato
  • 2 batang serai | diketuk

 

BAHAN D:

  • 8 sudu besar serbuk kari daging
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk cili
  • *Semua bahan ini dibancuh dengan sedikit air dan dijadikan pes.

 

BAHAN E:

Sedikit serbuk lada sulah, lada hitam, serbuk ketumbar, jintan manis serta garam dan gula secukup rasa.

 

Lain-lain:

  • 3 biji kentang | dipotong lapan
  • 3/4 cawan santan atau susu cair

 

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bahan A sehingga naik bau dan masukkan bahan B dan C. Tumis lagi sehingga daun kering garing.
  2. Masukkan daging dan kentang. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan sedikit air dan tutup periuk. Biarkan seketika sehingga terbit aroma kari.
  4. Tambahkan lagi air mengikut cita rasa anda dan masukkan bahan D dan bahan E. Masak sehingga rempah sebati.
  5. Apabila semua bahan sudah masak, bolehlah diperasakan dan masukkan susu cair (atau santan).
Published by
Ida Abd Aziz