Resipi kari daging perap ini mengambil masa empat jam untuk diperap dengan serbuk kari. Lagi lama, lagi sedap kerana rasa kari meresap dalam daging.
Selain dimakan dengan nasi, kari ini juga enak dijadikan hidangan bersama pulut pulut kuning atau ketupat.
Resipi kari daging perap
Bahan-bahan
1kg daging -dipotong lawan urat
3 sudu serbuk kari (untuk buat perapan)
2 batang serai -diketuk
2 tangkai daun kari
Rempah empat sekawan
Cili kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu serbuk kari daging
1-2 biji tomato -dipotong
1 kotak kecil santan
1 biji kentang -dipotong
2 sudu kerisik
Garam dan gula
Bahan tumbuk/kisar
2 biji bawang merah -sederhana besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara membuat
1. Gaul daging dengan 3 sudu besar serbuk kari hingga rata. Perap selama 2-4 jam.
2. Selepas dua jam boleh mula memasak. Mula mula tumis dulu bahan tumbuk dan cili kisar. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kunyit dalam tumisan bersama daging yang diperap tadi. Gaul. Tunggu sampai air daging keluar. Masukkan dua sudu serbuk kari daging. Kacau.
4. Seterusnya masukkan tomato yang dipotong (tomato akan hancur dalam kari). Biarkan mereneh sampai keluar air daging dan terbit minyak.
5. Tuang air masak ke dalam periuk, air biar separas engan daging. Jangan banyak sangat. Biarkan daging empuk. Reneh sehingga 1 jam 15 minit.
6. Selepas itu masukkan santan bersama kentang. Didihkan kuah dan biar kentang empuk.
7. Masukkan kerisik, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap
Bagi penggemar makanan pedas, menu Daging Goreng Kentang Cili Padi ni antara yang wajib dicuba. Bahan paling ringkas tapi rasanya boleh buat orang tak berhenti makan. Memang berpeluh! Nak makan dengan nasi putih boleh atau dijadikan lauk untuk bubur pun sesuai. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
DAGING GORENG KENTANG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
300gm daging – hiris nipis
2 biji ubi kentang – hiris nipis
3 biji bawang merah
15 tangkai cili padi
6 biji tomato ceri – belah 2
1 tangkai daun bawang – hiris
Garam. gula dan serbuk kunyit secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaul hirisan daging bersama garam dan serbuk kunyit. Gaul rata.
Panaskan minyak dan goreng hingga haring. Angkat dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, goreng hirisan kentang hingga kekuningan. Angkat.
Kisar bawang merah bersama cili padi. Kemudian masukkan ke dalam kuali dan masak tanpa minyak hingga air bawang kering.
Setelah air kering, masukkan minyak secukupnya. Tumis hingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Tambahkan juga daging dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Masukkan hirisan tomato serta daun bawang. Gaul sekali lagi.
Bila dah musim durian, macam-macam menu boleh dibuat. Buat serawa durian, cucur durian atau nak lagi best kita buat serimuka durian. Lemak manis memang sempurna rasa. Boleh ikut resipi ni kalau nak hasilnya berseri-seri dan terlajak sedap.
SERIMUKA DURIAN
Lapisan Bawah (Pulut)
2 cawan beras pulut – direndam di dalam air selama 4 jam dan toskan
2 cawan santan
2 sudu teh garam halus
Lapisan Atas (Durian)
1 cawan isi durian
2 cawan santan
1 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
2 biji telur gred B
1/2 sudu teh garam halus
Pewarna kuning
Cara membuat:
1.Lapisan bawah (Pulut) Sapu loyang saiz 10″ dengan minyak dan alas plastik wrap. Satukan beras pulut, santan dan garam. Kacau rata. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana.
2.Setelah pulut masak, gembur-gemburkan. Kemudian ratakan dan tekan pulut hingga padat.
3.Lapisan atas (Durian) Satukan semua bahan. Kisar hingga halus. Kemudian masak di atas api kecil hingga naik wap saja.
4.Tuang adunan durian ke atas pulut perlahan-lahan.
5.Kukus semula selama 30 minit di atas api sederhana kecil. Balut penutup pengukus dengan tuala untuk elakkan wap air menitik di atas kuih. Lepas tu, kukus 5 minit lagi tanpa penutup supaya permukaannya licin dan kering daripada air.
6.Sejukkan 3-4 jam di dalam peti ais. Keluarkan daripada loyang dan potong dengan pisau plastik yang disapu sikit minyak untuk dapatkan potongan yang kemas.
Sajian Thailand memang enak dan kena dengan citarasa orang Malaysia. Masam, pedas dan cukup rencahnya menjadikan hidangan-hidangan dari sana cukup popular. Salah satu menu yang sedap dan unik yang wajib dicuba ialah Siakap Kengsom ni. Ada kangkung lagi dalam masakan ni. Serius anda kena cuba resipi perkongsian dari Puan Nur Hidayah.
SIAKAP KENGSOM ORIGINAL THAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap – boleh gantikan dengan ikan kerapu
2 biji cili merah – buang biji (*)
15 biji cili api (*)
1 inci kunyit hidup (*)
1 biji bawang besar (*)
2 biji bawang merah (*)
2 ulas bawang putih (*)
1 batang serai (*)
1 inci belacan (*)
Air asam jawa secukup rasa
1 biji limau nipis – ambil jus
Nanas masak secukupnya
Kangkung secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga hirisan nanas.
Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.
Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
Seterusnya masukkan ikan. Biar hingga masak.
Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!