
Resipi Kari Guna Sardin Dalam Tin, Tak Perlu Santan & Bawang Tapi Tetap Sedap
Kalau biasa sardin dalam tin dibuat sambal atau digoreng, boleh cuba pula kari sardin. Kari ini tak menggunakan santan mahupun bawang merah seperti kebiasaan namun rasanya cukup sedap.
Boleh dimakan dengan dengan nasi atau dicicah dengan roti atau roti nan pun enak.Kalau berhajat nak masak kari guna sardin dalam tin ini boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Wan N Wan M.
Cara buat kari sardin yang sedap
Bahan-bahan
2 biji tomato potong dadu
8 ulas bawang putih
3 biji lada hijau besar
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air
1 tin sardin
Garam dan gula secukupnya

Cara membuat
1. Kisar lada hijau dan bawang putih guna chopper saja. Jangan hancur sangat. Boleh juga ditumbuk.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih & lada hijau yang dikisar kasar tadi hingga naik bau. Kemudian masukkan tomato, kacau.

3. Masukkan 2 sudu besar rempah kari dan kacau sebati.
4. Seterusnya masukkan setengah cawan air.
5. Masukkan sardin 1 tin termasuk semua sosnya sekali.

6. Masukkan gula 1 sudu kecil & garam setengah sudu kecil.
Masak sampai menggelegak. Siap!

Kari ini tak menggunakan santan tapi jika ingin menggunakannya boleh saja. Tanpa santan pun kari ini dah cukup sedap sangat.
Sumber: Wan N Wan M.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Masak Sambal Taucu Ikan Bawal. Resipi Mudah & Merecik Sedap

Selain dimasak kari, masam manis atau gulai, ikan bawal juga enak dimasak Sambal Taucu begini. Kombinasi sambalnya yang enak dan juga isi ikan bawal yang lembut, memang sangat sepadan. Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa, menu perkongsian saudari Nurul Ateekah ini sangat sesuai untuk dicuba. Rasanya? Tentulah enak. Rugi kalau tak cuba tau. PAsti kena dengan selera semua.
RESEPI SAMBAL TAUCU IKAN BAWAL

BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal (saiz sedarhana)
5-6 sudu makan cili kisar – beli online disini
3 sudu makan kacang Taucu – dibilas dengan air – beli online disini
1 biji tomato – dibelah 4
1 biji cili hijau – dibelah
1 biji cili merah – dibelah
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 biji bawang besar – potong bulat
1 batang serai – diketuk
Serbuk perasa
Gula

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bawal sehingga masak . Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak.

4. Masukkan kacang taucu, cili merah, cili hijau dan tomato. Kemudian gaulkan.

5. Masukkan gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul rata.
6. Akhir sekali, masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga kesemuanya bersalut sekata .

7. Angkat dan siap untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Paprik Campur Sedap. Resipi Berbuka Yang Mudah, Cepat & Jimat Masa
Resipi Roti John Sedap. Buat Sendiri Lebih Jimat & Puas Makan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Resipi Singgang Mudah, Sedap & Menyelerakan

Lauk Singgang tidak boleh dipisahkan dengan orang Terengganu. Ada beberapa jenis singgang yang popular di Terengganu.
Lauk singgang, memang resipi yang paling mudah dimasak dan cepat siap. Sesuai buat mak-mak yang inginkan menyediakan lauk simple tapi sedap hingga menjilat jari.
Koleksi resipi singgang pelbagai jenis yang dikongsikan Muliadi Ramli ini, lagi sedap dimakan dengan budu. Memang padu habis!
*Untuk resipi ini, terdapat perbezaan bahan sedikit sebanyak mengikut daerah dan kawasan ye.
SINGGANG IKAN AYA

BAHAN-BAHAN:
Ikan aya hitam (tuna)
2 biji bawang merah | mayang – beli online di sini
2 ulas bawang putih | mayang – beli online di sini
1 inci lengkuas | ketuk
1 inci kunyit hidup | potong (kalau nak bagi nampak kuning, boleh letak sedikit serbuk kunyit)
Cili burung (letak lebih kalau nak pedas)
Bendi (optional)
Garam & gula secukupnya
Serbuk perasa
3 asam keping
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan semua bahan.
2. Bila air mendidih, masukkan ikan, bendi dan cili. Jangan lupa masukkan garam dan perasa.
3. Tutup periuk selama 5 ke 8 minit. Siap untuk dihidangkan.
SINGGANG SOTONG

BAHAN-BAHAN:
300gm sotong segar (dibuang kulitnya & dibersihkan. Kalau dapat sotong bertelur lagi sedap)
2 biji bawang merah | mayang*
2 ulas bawang merah | mayang*
1 inci lengkuas | ketuk*
1 inci kunyit hidup | potong*
Cili burung (letak lebih kalau nak pedas)
2 batang serai*
Garam & gula secukupnya
Serbuk perasa
3 asam keping*
Lada hitam (optional)*
Halia (optional)*
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk.
2. Masukkan bahan bertanda *.
3. Bila air dah mendidih, masukkan sotong dan cili. Kacau sekejap.
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
5. Tutup periuk selama 5 minit dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.
SINGGANG TELUR IKAN

BAHAN-BAHAN:
500gm telur ikan aya @ tenggiri
2 biji bawang merah | mayang
2 ulas bawang putih | mayang
2 inci lengkuas | potong nipis
1 sudu kecil lada hitam (letak banyak pun tak apa, tumbuk sikit bagi pecah-pecah)
1 inci kunyit hidup | potong nipis
Cili burung
Bendi
Garam & gula secukupnya
Serbuk perasa
3 asam keping
1 biji tomato | potong 6
2 batang serai | diketuk
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan semua bahan.
2. Bila air mendidih, masukkan telur ikan, sayur bendi, tomato dan cili.
3. Jangan lupa masukkan garam dan perasa. Tutup periuk 5 ke 8 minit. Siap untuk dihidangkan.
*resipi lain tempat mungkin beza sikit bahan-bahannya.
SINGGANG DAGING TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:
1.3kg daging cincang & tulang | basuh bersih & boleh basuh dengan tepung gandum. Tos & ketepikan
5 biji bawang merah | mayang
3 ulas bawang putih | mayang
2 inci lengkuas | hiris nipis
1 inci kunyit hidup | hiris nipis
1 sudu besar lada hitam | tumbuk kasar
1 sudu besar biji ketumbar | disangai & ditumbuk kasar
1 sudu kecil jintan manis | disangai & tumbuk kasar
2 batang serai | diketuk
6 asam keping (kalau suka masam, letak lebih)
10 biji cili thai
5 tangkai lada kering | dibuang biji & dipotong
Bawang holland | potong 6 untuk hiasan
Bawang goreng
Garam & gula secukupnya
Serbuk perasa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Saya gunakan pressure cooker, jadi kerja memasak agak mudah. Masukkan daging dan semua bahan ke dalam periuk tekanan, kecuali cili thai, bawang holland dan bawang goreng.
2. Masak selama 15 ke 20 minit. Gunakan mode stir fry.
3. Masukkan cili, bawang holland, bawang goreng, garam, gula dan perasa. Siap.
SINGGANG PEDAS KERISI

BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kerisi | disiang & dibersihkan
Gula melaka sebesar ibu jari
3 asam keping
6 biji bendi
1 ikat daun kesom
1 biji tomato | potong 6
Air asam jawa
Garam & gula
Serbuk perasa
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan (optional)
2 biji cili besar
12 biji cili padi (suka pedas, boleh tambah)
1 biji tomato
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan bahan kisar halus dan serai, kacau.
2. Tunggu hingga mendidih. Masukkan asam keping dan gula melaka. Kacau sekejap.
3. Masukkan ikan kerisi, sayur bendi, daun kesom dan tomato.
4. Masukkan garam dan gula serta bahan perasa.Tutup periuk selama 8 ke 10 minit. Tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Nampak Susah, Tapi Sebenarnya Mudah Je Nak Buat Sausage Bread Roll Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Asam Pedas Ikan Kerisi. Resipi Orang Pantai Timur Yang Sangat Sedap

Sedapnya menu Asam Pedas Ikan Kerisi ni. Makan bersama nasi panas, ikan masin, Sambal Mangga dan ulam-ulaman, memang membuka selera. Selain ikan kerisi, menu ini juga boleh menggunakan ikan tenggiri dan ikan patin. Nak guna kembung pun tiada masalah. Memang sedap. Jom cuba! Saudari Nurul Afidah Catalyst ada kongsikan resipinya.
RESEPI MUDAH ASAM PEDAS KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kerisi saiz sedang
5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa) – beli online disini
Daun kesum
Bunga kantan – belah 2
Bendi – jika ada
Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar – beli online disini
2 ulas bawang putih – beli online disini
1/2 inci kunyit (boleh ganti serbuk kunyit)
1/4 inci lengkuas
3 tangkai cili kering yang direbus (cili kisar pun boleh) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan kisar dan haluskan dengan mengisar bersama air.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama asam keping dan bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.
3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu.

4. Masukkan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Bila ikan sudah masak, boleh tambah bendi.
5. Asam Pedas Ikan Kerisi siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama Sambal Pauh.


Kredit resipi & foto: Nurul Afidah Catalyst
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Goreng Berlada / Daging Masak Cili Mudah & Sedap
Resipi Sambal Goreng Sayur Yang Sedap & Menyelerakan. Semua Cukup Rasa!
5 Bahan Je. Resipi Kuih Siput Lemak Manis Rangup Yang Super Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

