Terasa nak makan kari tapi tercari-cari resipi yang paling mudah? Ha..Ini dia resipi yang anda perlukan. Sangat simple dan tak renyah. Malah bahan-bahan yang digunakan pun senang nak sediakan. Nampak sedap! Jom cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni.
KARI IKAN SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 ekor ikan sardin/selayang – boleh juga guna ikan tongkol, senangin
- 1 biji kelapa parut – kisar dengan 4 cawan air & ambil santannya
- Bendi secukupnya
- Tomato secukupnya
- 2 senduk minyak untuk menumis
BAHAN TUMIS:
- 1 biji bawang besar – hiris nipis
- 5 ulas bawang putih – hiris nipis
- 1 inci halia – hiris nipis
- 1 sudu teh halba campur – boleh abaikan
BAHAN PES (SATUKAN & JADIKAN PES):
- 2 paket kecil rempah kari
- 1 paket kecil serbuk cili
- 1 ½ keping asam gelugur
- 3 tangkai daun kari
- 1 sudu makan garam
- 1/2 sudu teh gula
- Sedikit perasa
- 1 ½ cawan air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Masak hingga wangi.
2. Kemudian masukkan daun kari serta pes.
3. Masak pes tadi sehingga betul-betul masak, pecah minyak dan rempah bertukar warna.
4. Seterusnya masukkan santan. Kacau dan biarkan mendidih.
5. Bila kuah dah mendidih dalam 2-3 minit, masukkan ikan, hirisan tomato serta bendi.
6. Setelah kari mendidih sekali lagi, masukkan garam, gula dan perasa ikut citarasa.
7. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI