Selalu Ikan Patin je orang akan ingat nak masak Tempoyak je, kalini kita cuba Kari Ikan Patin pula lagi sedap rasanya. Cara penyediaannya juga mudah dan gerenti sedap! Resipi penuh telah dikongsikan oleh Sayidah Napisah. Jom cuba!

 

Ads

KARI IKAN PATIN

Resipi Kari Ikan Patin, Lain Dari Yang Lain Pasti Bertambah Nasi.

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 ekor ikan patin (potong 4 bahagian)
  • 1 tangkai daun kari (lurutkan dari tangkainya)
  • 1 sudu makan halba campur
  • 2 sudu makan rempah kari ikan (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 150 gm yogurt
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 250 ml susu rendah lemak
  • 1 biji terung bulat (belah empat)
  • 1 biji tomato (belah empat)
  • 2 biji cili hijau (belah dua)
  • Garam daan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

Bahan-Bahan Menumis:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sm halia muda

Cara Penyediaannya:

  1. Bersihkan ikan patin dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
  3. Masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
  4. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk rempah kari ikan dan serbuk cili.
  5. Kacau rata hingga pecah minyak. Masukkan pula yogurt bersama pes asam jawa. Kacau lagi.
  6. Biarkan seketika, kemudian masukkan susu rendah lemak. Biarkan kari mereneh sektika.
  7. Masukkan ikan bersama terung. Selang beberapa minit, masukkan pula tomato dan hirisan cili.
  8. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: Sayidah Napisah

Ads

SELAMAT MENCUBA!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI