Resipi Kari Ikan Tongkol, Makan Dengan Nasi Atau Roti Ngam Sangat!

Share

Resipi Kari ikan tongkol sedapnya sama juga dengan kari-kari ikan yang lain. Buat pekat-pekat letak segala macam sayuran memang ngam nak makan dengan nasi ataupun cicah sahaja dengan roti. Memang terangkat habis, makan macam ni membuka selera. Tambah ulam timun dan sambal belacan, lengkap hidangan nak makan malam atau jadi lauk tengah hari.

RESIPI KARI IKAN TONGKOL

Bahan-bahanya :

  • 1 ekor ikan tongkol – bersihkan dan dipotong-potong
  • 5 biji bendi – dipotong pangkal dan hujung
  • 1 bji terung bulat – potong baji
  • 1 biji tomato – potong baji
  • 2 biji bawang merah – tumbuk
  • 1 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1 cm halia – tumbuk
  • 2 sudu makan cili giling
  • 1 pkt kecil serbuk kari
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • minyak secukupnya
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit daun kari

Cara memasaknya :

  1. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan2 sampai garing.
  2. Masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta ikan tongkol. Masak sampai mendidih.
  3. Masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap.Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Kredit : Resepi Sheila Rusly

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Azlin