Mungkin ramai yang tak pernah makan ikan Yu kerana tidak biasa  atau tidak pernah diperkenalkan cara memasaknya dari kecil. Selalunya kita tidak mahu mencuba kerana tidak biasa. Apa kata pecah kebiasaan itu dan boleh cuba  buat masak kari. Rasanya memang best.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan yu | dibuang kulit dan dipotong kecil
  • 2 biji bawang besar  | dimayang
  • 5 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 2 cm halia | dihiris
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 2  pelepah daun kari
  • 2 sudu makan asam jawa
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMASAK:

IKLAN

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan halia.

2.  Masukkan rempah kari. Masak seketika kemudian masukkan satu cawan air. Biar sehingga pecah minyak.

IKLAN

3.  Masukkan dua cawan air dan asam jawa. Biarkan mendidih.

IKLAN

4.  Masukkan ikan. Perasakan dengan garam dengan secukupnya.

5.  Angkat dan nikmati segera.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI