Resipi Kari Kembung Stail Mamak, Masak Ikut Cara Ni Pasti Jadi Sedap

Share

Suka sangat makan Kari Ikan stail mamak? Padu kan kuahnya. Wangi, berempah, cukup masin masinnya memang sangat enak. Makan dengan nasi putih panas, ditambah pula dengan papadom, telur dadar atau telur masin, memang sangat berselera. Nak cuba? Saudari Siti Nor Azizah Rahim ada kongsikan resipi Kari Ikan Kembung Mamak Style yang pastinya sangat rugi kalau anda tak cuba. Resipi ini adalah sukatan untuk 4 ekor ikan. Jika mahu masak dalam kuantiti lebih banyak, gandakan sahaja bahannya. Selamat mencuba!

 

CARA MASAK KARI KEMBUNG STAIL MAMAK

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor ikan kembung

 

BAHAN A:

BAHAN B:

  • Sedikit halia
  • 5 biji bawang merah kecil beli online disini
  • 4 ulas bawang putih beli online disini
  • (Bahan diatas dikisar halus. Kalau boleh jangan banyak air)
  • 1 biji tomato – potong dadu (wajib ada klu masak kari ikan)

BAHAN C (bancuh jadi pes):

BAHAN D:

 

BAHAN E:

 

BAHAN F:

Bendi /terung

 

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak yang agak banyak dan tumis bahan A sampai naik bau. Jika guna minyak yang sedikit, kuah tidak akan jadi warna cantik.

2. Bila sudah naik bau, masukkan B (kecuali tomato). Masak hingga sebati.

3. Seterusnya masukkan bahan-bahan C. Tumis lagi hingga pecah minyak. Tumis sekali dengan tomato yang sudah dipotong dadu tadi sampai semuanya sebati.

4. Masukan pulak air asam jawa. Jumlahnya agak-agak kuah nak banyak mana. Pastikan tidak cair sangat kerana kari mamak kuahnya pekat.

5. Masukkan ikan. Masak seketika.

6. Tambahkan sedikit santan (jika suka) dan biarkan sampai pecah minyah dan kuah menjadi cantik.

7. Perasakan dengan garam dengan secukupnya.

8. Masukkan bendi, terung atau tomato yang dibelah 4. Boleh ikut citarasa masing-masing.

9. Kari Ikan Kembung stail mamak siap dimasak.

 

NOTA:

  • Masakan kari akan sedap dan sebati bila sudah 1 jam selepas masak.
  • Kuah kari akan rasa masam bila kita rasa waktu tengah masak sebab air asam belum sebati lagi dengan kuah. Lepas 1 jam dirasa, dah sebati time tu barulah rasa sempurna lauk kari yang anda masak.

 

Kredit resipi & foto: Siti Nor Azizah Rahim

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

Published by
Nur