Makan

Resipi Kari Mangga Muda, Menu Mudah & Sangat Sedap

Share

Pernah cuba makan Kari Mangga Muda? Biasa mangga ni dijadikan jeruk tau dimasak Pajeri je. Jangan tak tahu, mangga juga boleh dimasak kari dan rasanya juga sedap. Bagi anda yang ada pokok mangga yang tengah berbuah tu, bolehlah cuba resipi perkongsin saudari Nohani Derahman ni. Enk dimakan bersama nasi. Boleh juga dimasak bersama ikan atau ayam. Selamat mencuba!

CARA MASAK KARI MANGGA MUDA

BAHAN-BAHAN:

Beberapa biji mangga muda
4 biji bawang merah besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
1 sudu teh halba campur beli online disini
4 tangkai daun kari
2 sudu rempah kari ikan beli online disini
1 sudu serbuk kunyit
2 sudu cili kisar
Air secukupnya
Santan (jika suka)
Garam, gula & perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan mangga mudah dan belah 2. Buang bijinya.

2. Panaskan minyak, tumis halba campur hingga naik bau.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sampai kekuningan.

4.Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, serbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
5.Masukkan mangga muda dan gaul rata.
6. Masukkan air (dan santan jika nak buat kari bersantan). Biarkan mendidih perlahan-lahan hingga mangga lembut (anggaran 10-15 minit).
7. Masukkan garam, perasa dan gula dengan secukupnya.
8. Masak hingga kuah pekat dan sebati. Siap!

Kredit resipi & foto: Nohani Derahman

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Elina