Resipi kari telur rebus gerenti sedap ini mudah je nak memasaknya. Ada orang yang suka pecahkan telur terus ke dalam kuah kari. Ada juga yang telur rebus itu tak digoreng. Terpulang pada kesukaan masing-masing ye.
Mula-mula bersihkan telur dan rebus hingga masak. Biarkan sejuk dan kupas kulitnya.
Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga bertukar warna keemasan. Angkat dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, masukkan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelage. Tumis hingga terbit bau wangi.
Setelah itu, masukkan serbuk kari yang sudah dicampur sedikit air dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan juga sebahagian daun kari dan akar daun ketumbar. Kemudian masukkan hirisan terung. Gaul sekata dan biar seketika hingga minyaknya mula naik. Boleh masukkan air sedikit jika perlu.
Kemudian masukkan santan dan gaul sekata. Terus masukkan pula hirisan tomato, cili besar hijau serta cili padi hijau. Gaul lagi. Dari semasa ke semasa jangan lupa kacau. Tambah air lagi jika kari terlalu pekat. Sesuaikan ikut selera sama ada nak kari pekat atau agak cair.
Ads
Akhir sekali, apabila terung sudah empuk, masukkan telur dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Biarkan ia mereneh beberapa minit agar semua bahan sebati. Setelah itu, tutup api dan tabur sebahagian lagi daun kari yang tinggal. Tutup periuk supaya aroma karinya makin naik. Siap!
Saban hari, pasti ramai yang mengalami masalah yang sama, terfikir apakah hidangan yang hendak dimasak sebagai sarapan untuk sekeluarga. Tidak kira sama ada suri rumah tangga, mahu pun ibu bekerja. Inilah dilema yang sering dihadapi.
Berikut adalah resipi sarapan yang mudah disediakan.
Di dalam satu mangkuk, pukul telur bersama susu segar hingga sedikit kembang (jangan pukul berlebihan).
Kemudian masukkan cincangan sosej/pepperoni. Tambah tomato, garam, serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa. Ketepikan.
Sediakan loyang/bekas pembakar yang telah disapu sedikit mentega di sekelilingnya.
Tuang bancuhan telur tadi ke dalam bekas tersebut.
Tabur cincangan daun basil dan parutan keju.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga telur masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
2. BUBUR NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras wangi
1 keping dada ayam | dadu kecil
½ batang lobak merah | dadu kecil
2cm halia muda |mayang halus
Air secukupnya
Cincangan daun bawang secukupnya
Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus beras dengan air yang banyak sehingga beras hancur.
Dada ayam dan lobak merah didadu kecil dan masukkan ke dalam bubur ayam. Masukkan hirisan halia. Gaul sekata.
Didihkan bubur ayam beberapa minit lagi hingga semua bahan masak sepenuhnya. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Tutup api dan angkat.
Tabur cincangan daun bawang ketika menghidang.
3. NASI GORENG PEDAS SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
2 batang sosej | bulat nipis
2 sudu makan cincangan daun bawang
3 ulas bawang putih
8-10 biji cili padi
2cm belacan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Cili padi, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat. Ketepikan.
Sosej dihiris nipis dan goreng garing. Ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan nasi, sosej goreng dan daun bawang. Goreng sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Jika suka hidangkan bersama telur goreng, cincangan daun bawang atau hirisan timun.
4. BURITOS CHICKEN AND MUSHROOMS
BAHAN-BAHAN:
2 keping tortilla
2 keping dada ayam
10 biji cendawan butang |hiris nipis
150gm1/2 cawan hirisan cili benggala merah & kuning
2 sudu makan mayones
1 sudu teh oregano kering
Daun salad secukupnya
Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Tabur dan lumur sedikit garam, lada hitam, lada sulah dan oregano kering pada kepingan ayam lalu dipanggang dengan sedikit minyak zaitun hingga perang. Kemudian hiris memanjang. Ketepikan.
Cendawan dan cili benggala dilayurkan sedikit di dalam kuali bersama sedikit minyak zaitun. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Tortilla dipanaskan sedikit di dalam kuali leper. Angkat dan ketepikan.
Untuk menghidang, letakkan sekeping daun salad pada tortilla, beberapa keping hirisan ayam dan cendawan.
Paipkan mayones secukupnya ke atas campuran ayam dan cendawan tadi. Gulung tortilla rapi dan hidangkan.
5. EGG PRATA ROLL
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping roti prata segera | nyah bekukan
1 labu bawang besar | cincang halus
3 biji telur
1 sudu makan cincangan daun bawang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, pukul telur bersama garam dan lada sulah secukup rasa.
Masukkan cincangan bawang besar dan cincangan daun bawang lalu gaul rata. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali leper.
Panaskan roti prata di kedua-dua bahagian hingga agak perang. Angkat. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit minyak zaitun lalu tuang bancuhan telur ke dalam kuali. Biar telur masak di kedua-dua bahagian.
Letak telur ke dalam prata dan gulung kemas. Potong mengikut cita rasa masing-masing dan sedia dihidangkan.
6. ROTI GULUNG BERINTI TUNA
BAHAN-BAHAN:
2-4 keping roti
3 biji telur |pukul sedikit dengan garpu
1 cawan tuna flakes (dalam tin) | toskan
1 labu bawang besar |cincang halus
1 biji cili merah |cincang halus
1 biji cili hijau | cincang halus
1 sudu teh paprika
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan tuna flakes, bawang, cili merah, cili hijau, paprika, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
Roti dibuang tepinya dan dileperkan.
Ambil sesudu campuran tuna dan letakkan di atas roti yang telah dileperkan. Sapu sekeliling roti dengan sedikit telur. Gulung dan kemaskan.
Celup roti ke dalam bancuhan telur.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng gulungan roti hingga keperang-perangan. Toskan dan sedia hidangkan.
7. PANKEK MINI GULA MERAH KELAPA
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum
280ml susu segar
30gm gula halus
50gm kelapa parut | putihnya sahaja
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Air gula merah secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, kelapa parut, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.
Panaskan kuali leper (non stick). Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.
Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. Ulangi langkah hingga selesai.
Hidangkan pankek bersama air gula merah dan lebihan kelapa parut.
8. LEMPENG SAMBAL HIJAU TAHAI
BAHAN-BAHAN A:
1 cawan tepung gandum
¾ cawan air
1 biji telur
Secubit garam
BAHAN-BAHAN B (SAMBAL):
15 biji cili padi hijau
4 biji cili hijau
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar | potong bulat
100gm ikan tahai | bersihkan
3cm belacan
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A dan kacau rata. Jika bancuhan terlalu pekat tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit lagi tepung. Jika suka boleh dikisar supaya bancuhan tidak berketul.
Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non-stick). Tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan masak hingga lempeng keperang-perangan di kedua-dua bahagian. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
Untuk membuat sambal; cili padi, cili hijau, bawang merah dan belacan dikisar halus.
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan cili masak sepenuhnya. Masukkan ikan tahai yang telah dibersihkan dan didihkan hingga beberapa minit.
Masukkan bawang besar, jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Didihkan sambal seminit dua lagi dan hidangkan bersama lempeng.
Info chef:Jika tiada ikan tahai, boleh ganti dengan ikan tamban atau ikan bilis.
9. WESTERN EGG SKILLET
BAHAN-BAHAN:
½ cawan susu segar + krim masakan
¼ cawan air
2 sudu makan minyak zaitun
2-3 biji telur
3 batang sosej |hiris nipis
4 keping roti (sourdough bread) |potong dadu
1 labu bawang besar | mayang halus
1 biji cili benggala |hiris nipis
10 bij tomato ceri |belah dua
2 sudu makan cincangan parsli
¼ sudu teh serbuk cayenne
¼ sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
Tuang minyak zaitun dalam kuali tahan panas (skillet) dan panaskan di dalam ketuhar.
Masukkan sosej, cili benggala, bawang dan tomato. Masak dalam ketuhar selama 5-6 minit atau hingga semua bahan lembut.
Masukkan roti dan ¼ cawan air. Tambah serbuk cayenne, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa dan gaul sebati. Masak selama tiga minit lagi. Keluarkan dari ketuhar.
Lubangkan 2-3 bahagian roti dalam kuali tadi dan pecahkan telur di dalamnya. Perlahan-lahan tuang campuran susu dan krim ke dalam kuali. Masukkan kembali dalam ketuhar dan bakar selama 15 minit. Tabur cincangan parsli dan hidangkan.
10. NASI GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
2 sudu makan mentega
2 biji telur
10 ekor udang segar |bersihkan
2-3 ulas bawang putih |cincang halus
Sedikit cincangan daun bawang |hiasan
Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan/cairkan satu sudu mentega di dalam kuali. Masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, panaskan sesudu lagi mentega. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak.
Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya.
Masukkan telur goreng hancur dan gaul rata. Tabur cincangan daun bawang.
Menu yang mengenyangkan dari telur dan kentang. Serta penuh rasa krim dari keju.
TELUR KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang (dadu halus)
1 biji bawang besar (potong kasar)
3 keping daging burger (Boleh gunakan chicken atau meat ham. Hancurkan & goreng sebentar)
5 keping cheese
5 biji telur
Sedikit garam & lada
CARA MEMASAK:
Goreng kentang dan bawang dengan sedikit minyak. Goreng sampai kentang lembut dan lenyek-lenyek sampai tekstur kentang jadi macam mash potato. Tidak perlu halus sangat biar kasar-kasar sedikit.
Dalam bekas yang lain pukul telur dengan garam dan sedikit lada.
Masukkan kentang yang dilenyek tadi. Gaul sekata.
Panaskan non stick pan dangan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan dan susun cheese kat atas. Gunakan cheesedale dan mozarella.
Taburkan kepingan daging burger hancur yang digoreng sebentar. Letak lagi selapis lapisan cheese.
Kemudian masukkan lebihan adunan tadi untuk tutup bahagian atas.
Tunggu 5 minit balikkan adunan tadi. Agak-agak dalam 7 minit sudah masak boleh angkat.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi telur goyang masak kicap. Lauk ini amat menyelerakan dan bolehlah dianggap sebagai lauk emergency. Kenapa emergency? Ini kerana lauk telur goyang masak ini boleh dimasak dalam waktu kurang daripada 15 minit. Sesuai sangatlah kalau memang tengah lapar, kan?
Jom kita lihat resipinya.
TELUR GOYANG KICAP
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
3 biji telur ayam
1 labu bawang besar (hiris) – boleh juga guna bawang merah kecil
7 tangkai cili padi (boleh juga guna cili besar)
Sedikit sos cili
Kicap manis secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
2. Goreng telur ayam satu demi satu. Angkat dan ketepikan.
3. Gunakan minyak masak yang sama, tumis bawang besar sehingga garing.
4. Masukkan cili sos dan cili padi. Kacau sebati.
5. Taburkan bahan tumisan tadi ke atas telur yang telah digoreng.
6. Tuang kicap secukupnya.
Menyelerakan.Sesuai dijadikan bekal ke tempat kerja.Sedap dimakan dengan nasi panas.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.