Makan

Resipi Karipap Carbonara Sedap. Nak Kulit Menggerutu, Begini Caranya

Share

Jom cuba resipi Karipap Carbonara perkongsian dari saudari Fatimah Az Zahra. Biasanya kita makan karipap berinti daging, ayam ataupun sardin. Kali nib oleh buat kelainan sikit sebba intinya guna sos carbonara yang enak. Memang best. Orang dewasa suka, anak-anak lagilah akan makan tanpa henti sebab tak pedas. Jom lihat cara-caranya.

CARA BUAT KARIPAP CARBONARA YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

2.2kg tepung gandum beli online disini
Sedikit garam
200gm marjerin
150gm minyak masak
1liter air (lebih kurang)

BAHAN INTI:

5 pek sosej (340gm per pek)
3 tin cendawan butangbeli online disini
2 biji bawang holland
150gm mentega / buttercup
1 liter susu penuh krim
1 tin sos carbonara mushroom beli online disini
1 tin sos cheese & herbs
1 1/2 kiub ayam
3 sudu makan tepung gandum
5 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan lada hitam – tumbuk kasar
1 sudu makan oregano
Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1.Untuk kulit, panas majerin dan minyak sampai mendidih.
2.Masukkan dalam tepung yang sudah dicampur sedikit garam. Gaul sebati.
3.Masukkan air. Uli sebati. Biarkan seketika dalam ½ jam.
4. Untuk inti, hiris nipis cendawan dan sosej & potong dadu bawang holland.
5. Panakan mentega. Tumis bawang holland hingga kekuningan.
6. Masukkan tepung gandum. Kacau dan bila tepung sebati, masukkan susu. Sebatikan.
7.Masukkan kesemua bahan-bahan lain. Masak sampai mendidih. Matikan api dan sejukan inti.

8. Ambil doh, leperkan dan masukkan inti dengan secukupnya. Kelim. Ulang Langkah sama hingga habis adunan.
9. Untuk goreng karipap, pastikan minyak betul-betul panas untuk dapatkan kulit karipap yang menggerutu.

10. Jika nak buat frozen, goreng separuh masak sahaja.

Kredit resipi & foto: Fatimah Az Zahra

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Elina