Sedapnya Karipap Pusing. Makan panas-panas uih…sebiji memang tak cukup. Ramai yang ‘takut’ nak cuba kerana anggap KaripapPusing ni susah nak buat. Jangan bimbang, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni antara yang mudah. Cubalah.
CARA BUAT KARIPAP PUSING SEDAP
BAHAN DOH MINYAK:
2 ½ cawan tepung gandum
¼ cawan minyak masak – dipanaskan
Secubit garam
Air secukupnya ( air suhu biasa)
BAHAN DOH MARJERIN:
1 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan shortening
1/2 cawan marjerin atau lebih
CARA MEMASAK KARIPAP PUSING:
1. DOH MINYAK: Satukan semua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.
2. DOH MARJERIN: Satukan semua bahan dan sebatikan hingga jadi doh.
3. Rupa doh minyak dan doh marjerin yang telah siap diuli.
4. Bulat-bulatkan doh minyak dan doh marjerin. Pastikan bilangannya sama banyak.
5. Ambil satu doh minyak. Leperkan. Masukkan doh marjerin di dalamnya.
6. Tutup doh. Bulatkan dengan sempurna sehingga jadi bulatan doh seperti dalam gambar. Rehatkan doh 5 minit.
7. Ambil 1 doh dan canaikan.
8. Kemudian sapu sedikit air di permukaan doh. Jangan banyak nanti doh lembik. Cukup sekadar calit-calit sahaja.
9. Gulung doh tadi dan letak memanjang seperti dalam gambar.
Ads
10. Kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.
11. Gulung doh sekali lagi seperti di bawah ini.
12. Potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.
13. Rupa kepingan doh yang telah dipotong.
14. Ambil sekeping doh dan canai. Jangan nipis. Jika tebal tidak mengapa.
15. Terbalikkan doh. Isikan inti pada bahagian bawah doh yang dicanai tadi. (bukan bahagian atas). Kelim doh dengan kemas. Inti boleh ikut cita rasa masing-masing.
Ads
16. Karipap pusing yang sudah siap di kelim.
17. Panaskan minyak dan goreng karipap guna api sederhana hingga keperangan.
Macam-macam resipi kuih seri muka ada di internet. Tapi resipi yang satu ni agak berbeza sebab kelainan pada tekstur bahagian atasnya. Menurut individu yang berkongsi resipi ini, dia mahukan bahagian atasnya jadi seperti cream caramel iaitu lembut dan kurang tepung.
Meor Abd Marliza melalui facebook berkongsi resipi ini di group Rasa Share Resepi. Jom cuba buat!
SERI MUKA ALA CREAM CARAMEL
BAHAN LAPISAN BAWAH
600 gram beras pulut (rendam 3 jam sehingga beras pulut kembang dan toskan)
100 ml santan
500 ml air
1 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMBUAT LAPISAN BAWAH
1. Didihkan air kukusan.
2.Satukan semua bahan. Tanak pulut sehingga hampir kering.
3. Masukkan dalam loyang 10 x 10. Boleh juga guna acuan dan tekan sehingga padat.
4. Kukus semula selama 15 minit.
BAHAN LAPISAN ATAS
4 biji telur ayam gred A
3 cawan santan pekat
350 gram gula kastor
4 sudu besar tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal
1 sudu teh garam
7 helai daun pandan mesin bersama sebahagian santan dan tapis
CARA MEMBUAT LAPISAN ATAS
1. Pukul telur ayam kemudian satukan dengan santan, gula kastor, tepung beras dan tepung gandum. Kacau rata.
2. Bubuh pewarna dan garam. Gaul sebati dan tapis. Jerang di atas api sederhana dan kacau sehingga naik wap.
3. Tuangkan ke atas Lapisan Bawah. Kukus lagi selama 30 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.
Selain dibuat kuih, dimasukkan dalam bubur sagu juga boleh dijadikan puding. Antara yang enak dan menarik adalah puding sagu mutiara. Simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk memanglah nikmat.
Resipi puding sagu mutiara
Bahan-bahan
1 paket agar serbuk (10gm)
1 paket sagu biji (100 gm)
90 gm gula pasir
1sb tepung jagung
2sdm susu pekat manis
200 ml santan kara
700 ml air
2 helai daun pandan
1 sdt garam
Pewarna hijau/merah utk sagu biji
Loyang 7 inci
Cara memasak
1. Untuk membuat lapisan atas masak air panas secukupnya sampai mendidih kemudian masukkan sagu biji. Masak hingga kembang rata.
2. Letakkan pewarna merah atau hijau dan sedikit garam. Masak hingga sagu bijinya masak tanpa ada warna putih di tengahnya.
3. Setelah masak ditapis dan cuci dengan air sejuk. Ketepikan.
4. Bagi membuat lapisan pudding bawah, masukkan air, serbuk agar-agar, gula, tepung jagung, susu pekat manis, santan dan daun pandan dalam periuk. Kacau rata.
5. Masak guna api sederhana dan sentiasa kacau terus supaya santan tak pecah.
Apabila puding mendidih matikan api.
6. Masukkan puding ke dalam loyang dan sejukkan sebentar hingga wap panasnya hilang. Kemudian masukkan sagu mutiara dulu ke dalam loyang dengan rata.
7. Apabila wapnya hilang boleh simpan di peti sejuk salama 3 jam. Selepas itu baru boleh disajikan.
Sebenarnya nasi lebihan semalam selain enak dibuat nasi goreng sedap dibuat apam nasi. Lebihan nasi boleh dijadikan apam yang gebu dan sedap. Apam nasi menggunakan nasi sebagai bahan utama. Sedapnya apam nasi ini bila dicicah dengan dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam. Ada peminat apam nasi gebus ni tak, jom kita buat.
APAM NASI Bahan-bahan: 1 cawan nasi sejuk 1 cawan tepung beras BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung gandum -BELI ONLINE DI SINI 3/4 cawan gula 1 1/4 cawan air 1 sudu besar mauripan-BELI ONLINE DI SINI 1 paket eno biru
Cara membuat: 1.Masukkan air dan nasi sejuk ke dalam blender. Blend sehingga halus kemudian masukkan tepung gandum, tepung beras,gula,mauripan. Blend lagi sehingga sebati semua bahan. 2.Tuang ke dalam bekas. Perap selama 1-3 jam(bertutup) 3.Masukkan eno kacau sebati. 4.Panaskan air kukusan sehingga mendidih. 5.Tuang adunan ke dalam acuan yang disapu sedikit minyak. 6.Kukus 15 minit. *yang nak buat banyak, gandakan adunan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.