Anak-anak suka makan dessert kat rumah? Apa kata akak-akak cuba buat Kastard Tiramisu ni..Ia sangat mudah untuk disediakan dan pastinya sedap..mesti puas hati punya lah..boleh juga dihidangkan untuk para tetamu yang datang.
Resipi Kastard Tiramisu
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 3 sudu makan gula
- 11 sudu makan tepung kastad
- Air (sukatan sebanyak 5 tin susu)
- Biskut marie perisa kopi
- Milo
- Garam
CARA PENYEDIAAN:
- Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastad, air, gula dan garam dalam 1 periuk. Kacau sebati.
- Kemudian, kacau bahan tadi sampai pekat dan berkilat atas api sederhana.
- Masukkan aduan tadi secara lapisan. Lapisan pertama, aduan kastad. Tabur milo kemudian biskut marie.
- Lapiskan biskut marie dengan adunan kastad dan tabur milo.
- Simpan dalam peti sejuk semalaman.
Info: Boleh kurangkan kepekatan sedikit jika mahu
Selamat mencuba!
Kredit Resepi: Solehah Yusoff