Bila sebut pasal Kebab Daging, pasti ramai yang menggemari snek jalanan ini. Andai ke pasar malam, ia merupakan salah satu menu yang mudah didapati. Sedap dan mengenyangkan, pasti ramai yang teringin nak makan Kebab Daging yang sedap. Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Noratiqah Nordin. Nampak mudah dan masaknya juga tidak perlu masa yang lama. Wow… Sesuai sangat untuk ibu-ibu yang tidak ada masa yang lama di dapur. Jom cuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK KEBAB DAGING ALA PASAR MALAM YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Daging cincang secukupnya
Kubis – potong hancur
Timun – potong memanjang
Sos cili secukupnya – beli online disini
Mayones secukupnya – beli online disini
Minyak masak – beli online disini
Roti pilihan – boleh guna Roti Kebab, Roti John atau Roti sandwich
Tonton video GERENTI JADI: Koleksi Resipi Berasaskan Daging
CARA MEMASAK:
1. Ambil kuali bersesuaian dan masukkan sedikit minyak masak.
2. Masukkan daging dan masak hingg keperangan. Bila daging sudah masak, buang minyaknya.
3. Masukan hirisan kubis ke dalam daging yang sudah dimasak tadi.
4. Masukkan juga hirisan timun, mayones dan juga sos cili.
5. Gaul semua bahan hingga rata.
6. Ambil roti kebab yang sudah potong dua. Boleh juga guna roti kegemaran yang lain.
7. Masukkan inti yang dimasak tadi ke dalam poket roti.
8. Kebab Daging ekspress yang sangat sedap sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noratiqah Nordin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official