Resipi Kebab Simple & Sedap. Berbaloi Cuba.

Share

Terfikir untuk menghidangkan makanan yang istimewa untuk keluarga malam ini? Boleh cuba resipi kebab homemade cara Azmita Awang. Kepuasan lebih terasa bila dapat buat sendiri . Sekeluarga kenyang dan senyum hingga sampai ke telinga.Meh laa kita tinjau resepinya. Moga moga pasni kot teringin selera ala bhai ngan pak arab ni mudah je kita buat sendiri.

KEBAB DAGING

1 1/2 kg daging batang pinang (ikut laa nak guna daging bahagian apa pun)
3 biji tomato(buang biji)
3 biji cili api(buang biji)
3 biji cili hijau besar
3 labu bawang besar
9 ulas bawang putih
3 inci halia
2 cawan daun ketumbar + daun pudina
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk jintan putih -BELI ONLINE DI SINI


2 sudu besar serbuk paprika – BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar garam

( boleh adjust sendiri kuantiti ikut banyak mana nak buat)

CARA MEMASAK:

Kisar daging dan tos(boleh guna daging kisar yang dijual di kedai. Tapi Kak Gee suka kisar sendiri, kurang lemak)

Kisar tomato, cili api dengan cili hijau.

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.

 

Kisar atau cincang daun pudina dengan daun ketumbar.

Dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan dan gaul sebati.

Kemudian boleh kepal-kepalkan dan cucuk kat pencucuk. Kak Gee guna lidi sate jer

Bolehlah panggang sampai masak kedua-dua belah. Guna magic pan jer. Nak bakar dengan arang pun boleh kalau rajin.

Masa panggang pun dah kembang kempis hidung dok hidu aromanya,

Selamat mencuba.

 INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR TERBARU UNTUK MEMASAK, BELI ONLINE DI SINI.

https://www.rasa.my/minum-petang-berbeza-dengan-spring-roll-makaroni-berkeju/

Published by
Putri