Kek Batik Ganache merupakan antara manisan yang paling mudah dihasilkan dan enak dimakan. Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas, malah tak perlu guna ketuhar. Cukup sekadar ada kuali dan loyang, dah menjadi. Paling enak jika dibuat menggunakan Anchor Salted Butter, mentega yang berkualiti tinggi. Anda pasti puas hati. Selamat mencuba!
KEK BATIK GANACHE
Bahan-bahan:
1 pek biskut marie
227gm Anchor Salted Butter
200gm serbuk coklat
3 sudu besar serbuk koko | diayak
¾ tin susu pekat
Bahan Topping Ganache:
200gm coklat bar
200gm Anchor Whipping Cream
100gm Anchor Salted Butter
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Salted Butter, masukkan serbuk coklat dan kacau hingga sebati.
Kemudian, masukkan serbuk koko dan gaul sebati. Tambahkan susu pekat dan gaul rata.
Untuk membuat topping ganache, cairkan coklat bar dan Anchor Salted Butter. Kemudian, masukkan Anchor Whipping Cream. Gaul rata dan siap.
Susunkan biskut di dalam loyang dan layerkan dengan adunan coklat tadi. Susun selang seli sehingga biskut habis.
Simpan di dalam peti sejuk supaya Kek Batik keras.
Selepas dua jam, Kek Batik sedia untuk dihidangkan.
Buat anda yang sedang mencari hidangan mudah untuk dinikmati bersama keluarga, jom cuba resipi Prata Lapis Daging Kurma yang istimewa ni. Sangat enak dimakan panas-panas. Boleh bertambah-tambah dibuatnya. Lagi-lagi untuk waktu sahur atau berbuka nanti. Nak lagi sedap, tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk kerak perang keemasan yang sempurna dan memikat selera. Jom cuba.
PRATA LAPIS DAGING KURMA
BAHAN-BAHAN:
6-8 keping prata segera – grill atas kuali leper hingga masak
150gram Perfect Italiano Perfect Bakes
BAHAN KURMA DAGING:
400gram daging – dadu kecil
250ml Anchor Cooking Cream
125gram Anchor Unsalted Butter
200ml air
1 labu bawang besar – belah empat
1 biji tomato – belah 4
2 biji cili merah – belah 2
8 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2sm halia – kisar
2 tangkai daun kari
1 sudu makan rempah empat sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & cengkih)
4 sudu makan serbuk kurma
1 sudu makan serbuk garam masala
1 sudu teh serbuk perasa
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk memasak kurma daging; cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam periuk. Tumis herba 4 sekawan dan daun kari hingga wangi. Masukkan bahan-bahan kisar beserta rempah kurma dan serbuk garam masala. Kacau rata dan masak hingga rempah pecah minyak.
Masukkan daging dan air. Didihkan hingga daging hampir empuk.
Masukkan Anchor Cooking Cream, bawang besar, tomato dan cili merah. Masukkan serbuk perasa. Didihkan hingga semua bahan masak.
Tambah garam secukupnya. Sejukkan.
Untuk membuat lapisan prata daging; sediakan mangkuk/casserole tahan panas. Sapu dengan lebihan Anchor Unsalted Butter.
Letakkan 1-2 keping prata yang telah masak. Sendukkan kurma daging di atas prata lalu ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Bakes Ulangi proses hingga menjadi beberapa lapisan dan diakhiri dengan taburan Perfect Italiano Perfect Bakes di bahagian atas.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20-25 minit atau hingga keperang-perangan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jika anda ada lebihan Rendang, cuba buat Rendang Cara Berlauk ni. Kuih tradisional dengan sedikit twist. Memang sedap dimakan panas-panas. Puas hati dengan hasilnya, tak rugi cuba. Untuk menambah aroma dalam hidangan, gunakan Anchor Unsalted Butter. Hidangan ini sesuai dinikmati untuk seisi keluarga. Jom cuba.
RENDANG CARA BERLAUK
Bahan-bahan:
500gm rendang daging | leftover
100gm daging kisar
2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
2 biji cili merah | dihiris
2 sudu besar bawang goreng
40gm daun sup | dihiris
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 cawan air
2 cawan santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Memasak:
Di dalam kuali, cairkan Anchor Unsalted Butter. Tumis daging kisar sehingga kering. Tambahkan daging rendang. Masukkan cili merah dan gaul sebati. Kemudian, masukkan bawang goreng serta daun sup.
Untuk adunan: di dalam mangkuk, campurkan Anchor Unsalted Butter, tepung gandum, telur, air, santan dan serbuk kunyit. Gaul sebati.Pastikan tepung tidak berketul. Boleh juga guna pengisar untuk lebih mudah. Tapiskan adunan.
Sapukan Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan pada acuan.
Tuang adunan ke dalam acuan Cara Berlauk. Letakkan inti rendang di bahagian atasnya. Tambahkan juga daun sup dan hirisan cili merah di atasnya.
Dah dua minggu berpuasa ni tentunya anda pun buntu memikirkan menu apa nak dimasak hari ini kan? Jom masak Pasta Pendek Sambal Daging Bakar Berkeju untuk berbuka nanti. Memang kena hidangan ini dengan selera orang Malaysia yang suka makan pedas. Tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna. Hidangan juga jadi bertambah lazat. Cubalah!
PASTA PENDEK SAMBAL DAGING BAKAR BERKEJU
Bahan-Bahan:
150gram pasta pendek (macaroni/penne) – celur hingga al-dente dan toskan
250gram Perfect Italiano Perfect Bakes
50gram Anchor Unsalted Butter
100ml Anchor Cooking Cream
Cincangan daun bawang
Bahan-Bahan Sambal Daging:
200gram daging – dadu kecil & rebus empuk
1 mangkuk medium cili kisar
5 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula perang
1 labu bawang besar – potong bulat
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
Untuk membuat sambal daging; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan daging yang telah direbus, bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Gaul rata dan ketepikan
Sediakan mangkuk tahan panas. Sapu dengan Anchor Unsalted Butter secukupnya. Masukkan pasta yang telah direbus bersama sambal daging. Tuang Anchor Cooking Cream dan masukkan separuh Perfect Italiano Perfect Bakes lalu gaul sebati dan ratakan. Tabur separuh lagi Perfect Italiano Perfect Bakes di atasnya.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 20-25 minit. Tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!