Kek Batik Ganache merupakan antara manisan yang paling mudah dihasilkan dan enak dimakan. Bahan-bahan yang digunakan juga ringkas, malah tak perlu guna ketuhar. Cukup sekadar ada kuali dan loyang, dah menjadi. Paling enak jika dibuat menggunakan Anchor Salted Butter, mentega yang berkualiti tinggi. Anda pasti puas hati. Selamat mencuba!


KEK BATIK GANACHE


Bahan-bahan:
- 1 pek biskut marie
- 227gm Anchor Salted Butter
- 200gm serbuk coklat
- 3 sudu besar serbuk koko | diayak
- ¾ tin susu pekat
Bahan Topping Ganache:
- 200gm coklat bar
- 200gm Anchor Whipping Cream
- 100gm Anchor Salted Butter
Cara Memasak:
- Cairkan Anchor Salted Butter, masukkan serbuk coklat dan kacau hingga sebati.
- Kemudian, masukkan serbuk koko dan gaul sebati. Tambahkan susu pekat dan gaul rata.
- Untuk membuat topping ganache, cairkan coklat bar dan Anchor Salted Butter. Kemudian, masukkan Anchor Whipping Cream. Gaul rata dan siap.
- Susunkan biskut di dalam loyang dan layerkan dengan adunan coklat tadi. Susun selang seli sehingga biskut habis.
- Simpan di dalam peti sejuk supaya Kek Batik keras.
- Selepas dua jam, Kek Batik sedia untuk dihidangkan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official: