Resipi Kek Batik Indulgence Sedap Hanya Guna 6 Bahan

Share

Kek Batik Indulgence ni sememangnya sangat sedap. Ia adalah kombinasi White Chocolate Moose dan juga Kek Batik yang sangat sedap. Jika dimakan sejuk-sejuk, hmmmm…sangat enak!

Bagi anda yang nak cuba buat sendiri manisan enak ini, resipi perkongsian saudari Ainie Syeema ni boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA BUAT KEK BATIK INDULGENCE

BAHAN KEK BATIK (LOYANG SAIZ 6 INCI):

CARA MEMASAK:
1. Pertama sekali, sediakan asas kek batik terlebih dahulu. Panaskan mentega dalam kuali / periuk. Lagi senang guna Non Stick Pan.


2. Bila mentega cair sepenuhnya, masukkan susu pekat manis dan bahan kering. Ada penambahan disitu, rahsia untuk boost flavour dengan meletakkan secubit garam dan sedikit serbuk Coffee / Nescaffe. Tambahan susu perisa coklat jika mahu buat kek batik versi lembut.


3. Masukkan Vanilla Flavour @ esen vanilla.


4. Akhir sekali masukkan Biskut Marrie yang dah dipatah-patahkan. Gaul hingga sebati dan masukkan ke dalam loyang.


5. Lapik loyang ‘loose base’ ( tapak boleh buka) dengan baking paper. Masa tengah panas ni, tekan adunan kek batik supaya padat. Sejukkan pada suhu bilik, baru masukkan dalam peti ais. Biarkan mengeras selama 2 jam.

WHITE CHOCOLATE MOOSE

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm dairy whipping cream ( krim putar tenusu)
  • 80gm coklat compound putih ( white chocolate)
  • 1 sudu teh gelatin+ 1 sudu makan air sejuk
  • 1 sudu teh Chef Amer Silky Vanilla Flavour – boleh ganti dengan esen vanilla

CARA MEMASAK:
1 . Pukul Dairy Whipping Cream pada kelajuan sederhana, sampai soft peak sahaja. Jangan over beat sampai kental, nanti mousse akan jadi ketul ketul. Ketepikan.


2. Cairkan coklat putih guna kaedah double boiler atau guna microwave sahaja. Ketepikan.


3. Cairkan gelatin yang dicampur dengan air sejuk tadi menggunakan microwave atau kaedah double boiler. Kacau sampai larut. Ketepikan.


4. Masukkan coklat putih ke dalam whipping cream. Coklat kena masukkan masa masih suam. Kaup balikkan hingga sebati. Jangan kacau lama sangat nanti terlebih pukul.


5. Masukkan gelatin dan esen vanilla. Kacau sebati.


6. Tuang White Chocolate Moosse ke atas Kek Batik yang sudah disejukkan tadi. Ratakan. Pastikan Kek Batik telah dibuat awal sekurang-kurangnya 2 jam sebelum membuat mousse.


7. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 30 minit.


8. Bila mousse dah betul-betul ‘set’, curahkan Chocolate Ganache diatasnya. ( resipi ada di bawah)


9. Sejukkan Kek Batik Indulgence selama 2 jam supaya kek betul-betul set’.


10. ‘Bila kek dah sejuk, keluarkan dari loyang, potong dan nikmati.

INFO: Untuk potongan kek yang cantik dan kemas, guna pisau yang telah dilayur diatas api atau dicelup dengan air suam.

 

CHOCOLATE GANACHE

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm dairy whipping cream
  • 30gm sirap glukos – boleh beli di kedai bakeri
  • 500gm coklat gelap
  • 20gm mentega

CARA MEMASAK:
1. Didihkan sirap glukos bersama dengan whipping cream.
2.Tuang ke dalam bekas berisi coklat gelap. Kacau hingga coklat larut sepenuhya.
3. Tambahkan mentega. Kacau sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.

 

Kredit resipi Kek Batik & foto: Ainee Syeema (Bakingroom By Ainee Syeema)

Kredit resipi Kek Batik Indulgence & foto: Ainee Syeema ( Bakingroom By Ainee Syeema)

Kredit resipi Chocolate Ganache: Azlita Masam Manis

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur