Menarik betul resipi kek batu marmar yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim di facebook ni. Sesuai dijadikan menu minum petang ataupun jualan jika inginkan pendapatan sampingan lagi-lagi untuk surirumah yang suka membuat kek. Cara pembuatan resipi kek batu marmar sedikit rumit tapi hasilnya memang memuaskan hati. Di sini admin kongsikan bahan-bahan dan langkah-langkah yang perlu disediakan untuk menghasilkan kek batu marmar yang sempurna dan sedap!
KEK BATU MARMAR
BAHAN-BAHAN:
450g butter (sebaiknya jenama Anchor)
165gm / 1 gelas gula castor – BELI DISINI
10 biji telur A
170gm kaya Yeo’s
100gm susu pekat – BELI DISINI
1 sudu kecil vanilla – BELI DISNI
100gm tepung gandum – BELI DISINI
200gm Horlicks(*tepung dan Horlicks diayak bersama)
100gm / 1 gelas susu tepung
100gm / 1gelas serbuk coklat minuman cth: Vico
(saya pakai Berryl’s compound chocolate je dicairkan)
200gm coklat bar makanan saiz mini (pilihan) penambah rasa*dipotong kecil/dipatah-patahkan kecil
4 sudu kecil browning atau gula hitam (alternatif boleh guna pewarna hitam macam saya)
CARA PENYEDIAAN:
LANGKAH 1
1)Pukul butter dan gula sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu persatu.
2)Masukkan seri kaya dan susu pekat, kisar sebati.
3)Masukkan vanilla, tepung dan Horlicks sedikit demi sedikit.
DAPATKAN MIND CORDLESS STEAM IRON [ ROSE GOLD EDITION ] DENGAN HARGA ISTIMEWA MENGGUNAKAN CODE RASGSP5 DISINI!!
LANGKAH 2
Timbang keseluruhan adunan di bekas lain. Bahagikan adunan kepada dua (guna calculator) contoh :Jika berat keseluruhan bahan (*tidak termasuk berat bekas) ialah 1720g÷2=860g
BEKAS A – campurkan serbuk coklat minuman kegemaran, coklat cair dan browning(atau pewarna hitam)
BEKAS B –
1)Campur dengan susu tepung, putar dengan kelajuan perlahan/sederhana laju cukup untuk membuat adunan sebati saja.
2)Dibahagikan (menggunakan penimbang & calculator) kepada beberapa bahagian dengan warna pilihan. Cling wrap/pembalut plastik.
3)Kukus berasingan 45 minit dan potong dadu.
*Loyang 6×6/bekas makanan yang sama saiz atau guna bekas makanan seperti dalam gambar.(pastikan bekas tahan panas ya)
CARA MENGUKUS
(loyang paling ideal 9×9×3″) *saya pakai ni 10″ sebab itu je yang sesuai ada di rumah
1)Tuangkan separuh adunan A. Susun ketulan coklat bar di atas keseluruhan permukaan adunan, tak perlu ditekan-tekan.
2)Susun kek kukus B dan tekan-tekan sedikit agar sedikit tenggelam.
3)Cling wrap loyang dengan satu atau dua lapis, biar kuat dan tidak bocor/adunan dimasuki air dari wap kukusan.
4)Lapisan pertama dikukus selama 1 jam 15 minit.
5)Ulang langkah pengukusan lapisan pertama dan cling wrap. Lapisan kedua 1 jam 45 minit.
SETELAH MASAK
Sila sejukkan 1 atau 2 jam, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk, rehatkan beberapa jam atau semalaman.
Potong saiz satu jari.
Untuk pastikan kek kukus tahan lama, jangan biarkan kek terbiar di luar atau di atas meja (ketahanan kek kukus boleh berkurangan jika terdedah kepada suhu sejuk panas atau udara tidak bersih bawaan angin) lebihan kek yang belum dimakan terus disimpan di dalam peti sejuk.
Untuk memanaskan, boleh dikukus sebentar/microwave sekejap saja atau biarkan defrost begitu saja.
Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion Majalah Rasa: