Suka makan kek buah? Kalau beli, harganya boleh tahan mahal. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kek ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Aley Arif ni. Hanya dengan menggunakan tiga bahan mudah dan senang beli, anda boleh hasilkan kek buah enak untuk santapan keluarga di hari raya. Jom cuba! Anda pasti kagum dengan hasilnya.
RESIPI KEK BUAH 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
500gm dried mix fruit ( buah campuran kering)
1 cawan jus oren (minute maid)
1 cawan tepung naik sendiri
CARA MEMASAK:
Ads
1. Masukkan dried fruit dalam 1 bekas. Kemudian masukkan jus oren. Biarkan selama 2 jam.
2. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati.
Ads
3. Tuang adunan ke dalam loyang. (Info RASA: Sebaiknya, griskan loyang dengan sedikit mentega atau alaskan dengan baking paper.)
4. Bakar kek dengan suhu 130c selama 2 jam. (Info RASA: Kadang kala, waktu memasak berbeza bergantung pada suhu dan jenis ketuhar. Selalu perhatikan supaya kek anda masak sempurna.)
Kadang lepas makan kita rasa nak makan sesuatu yang manis sebagai pencuci mulut. Nak buat sesuatu yang senang? Cuba buat agar-agar oreo ni. Guna 4 bahan saja. Tak perlu susah-susah. RASA kongsikan resipinya. Nanti boleh cuba buat.
AGAR-AGAR OREO
.
BAHAN-BAHAN
1 bungkus agar-agar tali
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 peket biskut Oreo
.
CARA MEMBUAT
1. Masukkan 1200 ml air ke dalam periuk. Masak bersama agar-agar sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut, masukkan susu cair dan susu pekat.
3. Kacau selama 5 minit. Biarkan mendidih dan tutup api. Ketepikan.
4. Susun biskut dalam loyang. Tuangkan adunan agar-agar tadi.
5. Tunggu sejuk sekejap dan masukkan dalam peti sejuk.
6. Setelah sejuk, potong ikut cita rasa anda.
Siapa yang tak suka bila dihidang kek coklat depan mata. Mewah dengan rasa coklat.
Rasa pun enak biarpun tanpa telur. Nak lagi sedap tambah coklat leleh dan
parutan coklat di atasnya. Sekali rasa pasti nak lagi.
KEK COKLAT
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 cawan air panas
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan. Kacau sebati. Tapiskan adunan.
2. Kukus 45-50 minit api besar
Bahan Coklat leleh:
Cairkan 1/2 cawan dark coklat dan 1/4 cawan susu cair
Bila tiba puasa dan menjelangnya hari raya, ramai yang mula membuat biskut raya. Walaupun tahun ini Syawal tidak dapat disambut di kampung halaman seperti kebiasaan, tetapi kemeriahannya masih boleh dirasai. Beraya di kota pun tak mengapa. Asalkan keluarga tercinta ada bersama. Di musim PKP ni juga membawa seribu kebaikan. Ini kerana ramai yang mula belajar buat biskut raya sendiri. Baguslah…Inilah masanya nak tunjuk kepakaran masing-masing. Bagi anda yang nak cuba buat Biskut Tat Teratai, resipi perkongsian saudari Nor Haslina Md Nor ni boleh dicuba. Nampak sedap kan? Jom cuba.
CARA MEMBUAT BISKUT TAT TERATAI
BAHAN-BAHAN:
140gm mentega – apa-apa jenama
100gm marjerin
60gm gula ising
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
330gm tepung red rose
50gm tepung jagung
Jem nanas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ayak tepung red rose dan tepung jagung. Ketepikan.
2. Pukul mentega, marjerin dan gula ising hingga sebati.
3. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul sebati sekali lagi.
4. Masukkan tepung. Uli hingga doh tidak melekat di tangan. Kalau terlalu lembik, boleh tambah tepung red rose sedikit demi sedikit.
5. Bulatkan doh, balut dengan plastik dan rehatkan dalam chiller selama 15-20 minit.
6. Keluarkan doh, canai setebal 3mm dan terap menggunakan acuan biskut jakarta 6 kelopak atau 5 kelopak.
7. Masukkan doh yang diterap ke dalam ‘paper cup’ dan susun atas dulang pembakar. Isikan jem nanas secukupnya.
8. Jika suka, boleh hias Tat Nanas mengikut kreativiti masing-masing.
9. Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Bakar biskut pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau hingga masak. Guna api atas bawah. ( Masa dan suhu mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing)
10. Bila sudah masak, sejukkan sebelum disimpan dalam balang kedap udara.
INFO:
1. Satu adunan ini boleh dapat dalam 80 keping biskut. Bergantung pada ketebalan doh yang dicanai.
2. Tepung red rose bukan tepung gandum cap bunga ros ya. Tepung red rose adalah tepung khas untuk buat biskut.
3. tepung red rose ada dijual di kedai alatan bakeri. Ia sama dengan tepung biskut. Hasil bila menggunakan tepung ini adalah biskut akan jadi lebih rangup, sedap dan tahan lama.
4. Untuk membentuk jem nanas yang bulat begitu, sapukan sedikit marjerin di tangan dan bulatkan jem.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.