Bagi penggemar Kek Buah tapi nak yang dalam sukatan cawan, resipi perkongsian saudari Hadiyana Che Halim ni boleh anda cuba. Resipinya cukup mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Kek Buah Kukus memerlukan masa yang panjang untuk masak. Jika anda tidak punya masa, boleh cuba buat Kek Buah versi bakar. Rasanya tetap sama sedap. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA BUAT KEK BUAH BAKAR SEDAP, ENAK & CEPAT MASAK GUNA SUKATAN CAWAN
CARA MEMASAK: 1.Rendam sekejap buah campuran dengan air suam. Kemudian toskan. Gaul dan salutkan buah campur tadi dengan sedikit tepung. 2. Satukan mentega, gula dan ovalette. Pukul hingga kembang. 3. Masukkan telur, esen vanilla dan oren sunquick. Adun lagi hingga sebati. 4. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri. Sebatikan menggunakan spatula sahaja.
5. Masukkan buah campuran. Tinggalkan sedikit untuk ditabur di permukaan kek nanti.
6. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 9×9 yang telah dialas dengan baking paper. (empunya resipi guna loyang saiz 8×8. Lebihan adunan beliau bakar guna bekas bersaiz 5×5). Tabur lebihan buah di permukaan kek.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 170C dan bakat kek selama 45-60 minit atau hingga masak. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada jenis ketuhar masing-masing.
Demam Rumah Terbuka masih meriah, apa kata kali ini anda sediakan lauk yang berasaskan sambal sebagai pencicah juadah seperti nasi impit, ketupat, lemang dan nasi sebagai hidangan tetamu. Empat resipi sambal ini mungkin berbaloi anda cuba kerana ia senang dan tidak banyak bahan tapi rasa menang sedap.
SAMBAL DAGING MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makanpes cili kering
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar hiris
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Hiris daging kecil-kecil, ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak.
Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.
Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging sedia dihidangkan.
SAMBAL DENDENG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makan pes cili kering
2 biji bawang besar | potong dadu
5 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula jika perlu
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai | hiris
BAHAN REMPAH PENUMIS
1 batang serai
1 kuntum bunga lawang
4 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Daging yang telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk.
Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit.
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar.
Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api terus kacau hingga timbul minyak.
Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan .
SAMBAL SERAI ISI AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil
1 biji bawang besar | hiris
1 biji limau nipis | jus sahaja
Garam dan gula secukup rsa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
3 batang serai | hiris
3 helai daun limau purut | carik-carikkan
3 biji cili hijau
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bahan kisar.
Setelah naik bau, tambahkan dengan hirisan bawang besar.
Kemudian masukkan isi ayam. Kacau rata.
Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, terus kacau seketika.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan dengan nasi impit atau ketupat.
SAMBAL DAGING BERKACANG
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris nipis dan kecil
150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar
1 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan pes cili kering
250ml air
200ml santan
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Bancuh kacang yang telah dikisar dengan air. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis.
Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau hingga pecah minyak.
Masukkan pula daging, terus kacau hingga daging layu.
Tambahkan ke dalamnya bancuhan kacang tanah tadi.
Selepas beberapa minit masukkan pula santan.
Setelah mereneh perasakan dengan garam dan gula secukup rasaaa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging Berkacang sedia dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat nasi.
Resipi Apam Pisang Gebu perkongsian saudari AtiQah Aziz ni memang nampak sedap dan ‘moist’ sungguh! Bahan-bahan yang diguna pun mudah je. Jom cuba buat untuk minum petang ni. Pasti puas hati.
APAM PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang emas yang dilenyek
1 sudu besar susu manis
1 biji telur
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bicarbonat
CARA MEMASAK:
1. (Adunan basah): Hanya guna blender, pukul telur dan gula sampai kembang (1 minit). Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.
2. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat.
3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.
5. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakan air masuk ke dalam adunan.
6. Apabila dah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Memang tergoda dengan keenakkan ayam panggang asam boi ini. Kulit ayam dipanggang ranggup dan masih lembab dia bahagian dalam.
AYAM PANGGANG ASAM BOI
BAHAN-BAHAN PERAP:
1 ayam bulat
5 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos BBQ
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu madu/gula/gula melaka
2 sudu teh garam
1 sudu besar butter/planta
2 sudu besar lada hitam
10 biji asam boi merah
1 sudu ketumbar (sangai dan kisar)
CARA MEMASAK:
1. Semua bahan-bahan perap kena kisar halus kecuali asam boi.
2. Panaskan di kuali dan kacau sampai sebati termasuk asam boi.
3. Ayam dicuci bersih dan diperap dengan bahan perapan tadi. Perap dalam bekas, bakul dan plastik dalam 2 hingga 4 jam. Lagi sedap perapkan satu malam dan baru bakar.
4. Bakar dalam 50 minit dengan suhu 200 c (ikut oven masing-masing). Boleh juga digoreng terlebih dahulu sebanyak 30% dan kemudain baru dibakar.
INFO: Boleh bakar sekali dengan bahan-bahan lain seperti kentang dan sayur-sayuran kesukaan anda.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.