Kek Chiffon Pandan ni memang sedap dan merupakan kek popular di kalangan mak-mak kita dulu-dulu. Teksturnya yang lembut, ringan dan gebu membuatnya kek ini digemari ramai. Bagi yang nak cuba buat Kek Chiffon ni, Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Jom cuba.
CARA BUAT KEK CHIFFON PANDAN SEDAP & GEBU GUNA SUKATAN CAWAN
BAHAN A:
CARA MEMBUAT:
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
2. Masukkan gula dan cream of tartar. Pukul lagi sehingga kental dan bertanduk. Ketepikan.
BAHAN B:
CARA MEMBUAT:
1. Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula halus menggunakan kelajuan sederhana.
2. Masukkan minyak jagung, air pandan, pewarna hijau dan santan. Pukul lagi.
3. Akhir sekali masukkan tepung. Adun perlahan sehingga sebati. Matikan mixer.
4. Masukkan bahan A ke dalam bekas berisi bahan B sedikit demi sedikit. Kaup balikkan adunan sehingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang. Hentak dua kali untuk membuang udara.
6. Bakar kek pada suhu 170C selama 1 jam menggunakan api atas bawah.
7. Bila kek masak, keluarkan kek dari ketuhar dan terus terbalikkan ke atas redai. Biarkan kek sejuk. (lebih kurang 45 minit)
8. Sisipkan keliling kek dan keluarkan kek dari loyang.
9. Kek Chiffon Pandan siap untuk dinikmati.
PESANAN DARI OPAH:
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
Nak buat Kek Chiffon tapi tak ada acuan? Order je online DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official